Indonesia rekod 48,484 kes baharu semalam, kumulatif lebih 5.19 juta

February 21, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) mengumumkan angka jangkitan Covid-19 harian semalam, 20 Februari 2021, turun berbanding sehari sebelumnya.

Perbezaannya sebanyak 10,900 kes itu diumumkan tatkala data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan Indonesia berada di tangga ke-17 bagi jumlah kes Covid-19 tertinggi mengikut negara.

Jurucakap Kemkes, Dr Siti Nadia Tarmizi berkata terdapat 48,484 kes positif baharu pada Ahad, manakala pada Sabtu angka itu mencecah 59,384.

“Jumlah kes aktif berkurangan sedikit dengan 15,448 kes baharu pada Ahad,” kata Siti seperti dipetik dari laman sesawang Kemkes.

Beliau menambah bahawa kes semasa didominasi oleh varian Omicron.

Kawasan yang mengalami penurunan kes termasuk Jakarta, Jawa Barat, Jawa Timur, Banten, Bali dan Sumatera Selatan, katanya.

Kadar penghunian katil hospital atau BOR pula meningkat satu peratus dan masih terkawal.

“Kami mengutamakan perkhidmatan kesihatan di hospital untuk pesakit yang mengalami simptom, simptom teruk hingga kritikal dan mereka yang mempunyai komorbiditi,” tambahnya.

Sehingga Ahad, 38 peratus daripada jumlah kapasiti katil telah diduduki. Angka itu meningkat satu peratus daripada 37 peratus pada Sabtu. Jumlah pesakit yang pulih juga meningkat sebanyak 32,873.

Terdahulu, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata sehingga hari ini 21 Februari 2022, Indonesia mencatat 5,197,505 kes positif, dengan 146,365 kes kematian.

Seramai 4,514,782 pesakit Covid-19 juga dilaporkan telah sembuh sejak awal 2020 hingga hari ini. – Agensi

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Barat sekat Russia daripada Swift: Apakah sistem pembayaran global?
February 27, 2022
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
1 jam lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
8 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
22 jam lalu · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok