Indonesia rekod 4,699 kes baharu, kuarantin pengembara dimansuh

March 21, 2022 · Dunia

Penularan Covid-19 di Indonesia terus menurun, dengan Pasukan Petugas Khas melaporkan bahawa jumlah kes positif harian adalah di bawah 5,000, atau tepatnya 4,699, dalam 24 jam terakhir pada Isnin, 21 Mac 2022.

Jumlah itu turun berbanding 5,922 jangkitan baharu pada Ahad, tatkala pemerintah mengumumkan pemansuhan keperluan kuarantin bagi semua ketibaan dari luar negara.

Jawa Barat masih menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,007, diikuti Jakarta dengan 862 kes, Jawa Tengah (661 kes), dan Jawa Timur (351 kes).

Sehingga Isnin, jumlah kes di Indonesia mencecah 5,967,182 sejak kes pertama jangkitan Covid-19 dilaporkan pada 2 Mac 2020.

Jumlah pesakit yang pulih daripada virus itu juga meningkat sebanyak 20,888, menjadikan jumlah keseluruhan pulih kepada 5,609,945. Sementara itu, jumlah kes kematian meningkat sebanyak 154, menjadikan jumlah kematian kepada 153,892.

Jumlah kes aktif sehingga 21 Mac berjumlah 203,345, turun 16,343 berbanding Ahad.

Sementara itu, keputusan memansuhkan kuarantin berkenaan akan berkuat kuasa serta-merta, susulan kejayaan pelaksanaan pengecualian kuarantin bulan ini untuk pelawat yang divaksin di Bali, Batam dan Bintan, kata Menteri Pelancongan Sandiaga Uno.

“Dengan pengendalian wabak yang lebih terkawal… hari ini kami mengumumkan bahawa dasar tiada kuarantin telah diperluaskan di seluruh Indonesia,” kata Sandiaga, sambil menambah ujian negatif Covid-19 masih diperlukan.

Pengecualian itu berikutan langkah serupa dilakukan Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Malaysia, ketika Indonesia berusaha untuk membina semula sektor pelancongan yang telah runtuh di bawah sekatan ketat.

Sandiaga berkata peraturan terperinci berhubung pemansuhan kuarantin itu akan diumum esok. – Agensi

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Phuket ditutup semula selepas sebulan benar pelancong masuk
July 30, 2021
Putera Charles jadi Raja baharu serta merta ganti Ratu Elizabeth II
September 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok