Indonesia rancang vaksin penggalak berbayar mulai tahun depan

September 16, 2021 · Dunia

Rancangan kerajaan Indonesia untuk melancarkan program vaksinasi Covid-19 secara berbayar kembali diperkatakan dan kemungkinan akan dilaksanakan bermula tahun depan.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memaklumkan pihaknya merancang untuk menawarkan vaksin penggalak kepada rakyat negara itu yang berminat.

Selain itu, katanya, menerusi program vaksin berbayar itu, orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan penggalak boleh memilih jenama vaksin Covid-19 yang dikehendaki.

“Ianya seperti membeli ubat di farmasi, kami akan buka jualan vaksin tersebut agar orang ramai dapat memilih sendiri jenama vaksin yang mereka inginkan dan ini akan mengalakkan lebih ramai orang mengambil vaksin penggalak,” jelasnya.

Semua jenis vaksin yang akan disediakan mestilah di antara jenis vaksin yang telah mendapat pengesahan penggunaan kecemasan (UEA) dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kementerian Kerajaan Republik Indonesia (KKRI) menyasarkan lebih 93 juta penduduk negara itu untuk menyertai program tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan tetap akan menanggung vaksin percuma kepada rakyatnya yang disenaraikan sebagai penerima bantuan sumbangan.

Peruntukan untuk program vaksinasi kepada pekerja yang tidak mempunyai syarikat akan turut disediakan.

Budi turut menegaskan bahawa rancangan vaksin Covid-19 berbayar itu masih dalam pertimbangan yang merangkumi prosedur dan skema vaksin yang telah ditetapkan.

Sementara itu, KKRI melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam Indonesia mencatatkan 3,948 jangkitan baharu Covid-19. Sejak awal tahun lalu sehingga semalam, Indonesia merekodkan hampir 4.1 juta kes positif. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok