Indonesia rancakkan vaksinasi hadapi gelombang ketiga Covid-19

September 30, 2021 · Dunia

Tatkala pihak berkuasa kesihatan dan hospital di seluruh Indonesia membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan gelombang ketiga Covid-19, pemerintah negara itu turut berlumba untuk meningkatkan kadar inokulasi 208 juta penduduk supaya dapat hidup bersama virus itu.

Negara itu, yang memulakan program vaksinasi Covid-19 pada 13 Januari lalu, sehingga hari ini telah memberikan 89.8 juta dos pertama atau 43.1 peratus daripada sasaran, dan 50.4 juta dos kedua atau 24.2 peratus.

Dalam tempoh 24 jam semalam, Indonesia merekodkan 2,057 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan mencecah lebih 4.2 juta dan angka kematian terus meningkat sebanyak 141,709 kes sejak Mac tahun lalu.

Duta Adaptasi Kebiasaan Baharu Indonesia, Dr Reisa Broto Asmoro yang juga bekas jurucakap Pasukan Petugas Tindak Balas Covid-19 berkata Indonesia disenaraikan antara 10 negara teratas dengan kadar vaksinasi Covid-19 tertinggi di dunia.

Ini kerana, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah menetapkan garis panduan vaksinasi dan Indonesia mampu mencapai sasaran vaksinasi tersebut dengan 10 peratus populasi negara bermula awal September lalu, 40 peratus populasi di setiap negara bermula akhir tahun ini dan 70 peratus populasi dunia bermula pertengahan tahun depan.

Manakala pada peringkat dunia, lebih 43.9 peratus penduduk dunia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, jelasnya.

Selain itu, hampir 6.03 bilion dos vaksin sudah diedarkan ke seluruh dunia dan lebih 28.15 juta vaksin sudah diberikan kepada penduduk dunia setiap hari, katanya lagi.

Pada 24 September lalu, Indonesia sudah memperoleh lebih daripada 273.6 juta dos vaksin melalui pembelian secara langsung, kerjasama dunia melalui fasiliti Covax dan sumbangan negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Belanda, Arab Bersatu Emirates dan Perancis.

Sejak Januari lalu hingga akhir September, kerajaan sudah memberikan lebih 200 juta dos kepada rakyat republik itu.

Sebelum ini, Indonesia hanya bergantung sepenuhnya kepada vaksin dibeli dari syarikat farmaseutikal Sinovac China, dengan jumlah yang besar untuk diproses lebih lanjut oleh Bio Farma syarikat milik Indonesia.

Namun sekarang, rakyat Indonesia mempunyai lebih banyak pilihan jenama vaksin lain seperti AstraZeneca, Moderna, Pfizer, Sinopharm dan Janssen, tetapi mereka tidak boleh memilih jenis vaksin yang diinginkan, tambahnya.

“Semua vaksin yang tersedia sekarang adalah terbaik. Jadi rakyat tidak perlu menunggu dan memilih untuk mendapatkan vaksin jenis apa pun,” kata Asmoro.

Semua vaksin yang disuntik kepada rakyat negara ini sudah mendapat kelulusan penggunaan kecemasan (EUA) dari Badan Pengawas Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM), dan terbaharu, EUA sudah memberi kelulusan penggunaan kepada vaksin Janssen buatan AS dan Convidecia Covid-19 buatan China di Indonesia, jelasnya.

Sementara itu, Ketua BPOM, Penny K Lukito memaklumkan PT Integrated Health Indonesia (IHI) sudah mendaftarkan vaksin Janssen dengan BPOM untuk memperoleh kelulusan kegunaan kecemasan (UEA), manakala PT Bio Farma juga sudah mendaftarkan vaksin Convidencia dengan BPOM.

Sebelum ini, pihak BPOM sudah meluluskan UEA untuk tujuh vaksin Covid-19 jenama lain seperti Sinovac, Bio Farma, AstraZeneca, Sinopharm, Moderna, Pfizer dan Sputnik-V.

Mulai November ini, Indonesia menyasarkan untuk memberikan lebih 2.7 juta dos setiap hari bagi mencapai sasaran 70 peratus dari populasinya dilengkapi vaksin menjelang akhir tahun ini.

“Walaupun Indonesia berada di tangga keenam dunia, namun kita harus tetap berwaspada dan berusaha secepat mungkin untuk mempercepatkan kadar vaksinasi di negara ini,” kata Menteri Koordinator Ekonomi, Airlangga Hartarto.

Hartarto memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menyalurkan sumber vaksin agar mencukupi kepada masyarakat umum, terutamanya kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas, wanita hamil dan warga tua.

Dengan mempercepatkan program vaksinasi, ia diharapkan dapat mendorong masyarakat untuk kembali menjalani kehidupan normal dan pemulihan ekonomi dalam norma baharu, katanya.

Program vaksinasi adalah salah satu strategi kerajaan untuk menangani pandemik ini, bagaimanapun perlu disertai dengan disiplin yang ketat oleh semua pihak dalam mematuhi 3M iaitu, memakai topeng, mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan pengukuhan 3T iaitu penelusuran, penjejakan dan rawatan.

Presiden Joko Widodo sebelum ini menyeru rakyat Indonesia untuk terus belajar hidup dengan Covid-19 kerana tidak tahu bilakah wabak ini akan berakhir di seluruh dunia.

“Kita perlu mula belajar untuk hidup bersama dengan Covid-19 kerana wabak ini tidak akan hilang sepenuhnya dari kita semua walaupun kita sudah divaksin lengkap,” jelasnya.

Sehubungan itu, tahap vaksinasi yang tinggi adalah sangat penting untuk mengaktifkan sistem imun seseorang dan banyak penyakit berjangkit berbahaya dapat dicegah dengan usaha sederhana dan berkesan ini, tambahnya lagi. – Agensi

Berita berkaitan
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Wilayah Gorontalo di Indonesia dilanda gempa bumi
January 18, 2023· Dunia
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023
China lancar modul kedua stesen angkasa lepas
July 24, 2022
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Bekas Presiden Pakistan meninggal
11 jam lalu · Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023 · Dunia
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023 · Dunia
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok