Indonesia pertimbang kurangkan kos umrah

October 21, 2021 · Dunia

Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia sedang mempertimbangkan pengurangan kos pembiayaan minimum bagi pakej umrah kepada jemaah republik itu.

Sebelum ini Kompas.com melaporkan Menteri Agama sudah menetapkan keputusan pembiayaan pengurusan mengerjakan ibadah umrah sebanyak 26 juta rupiah (RM 7,660) bermula Disember tahun lalu.

Ketua Pemantauan dan Pengawasan Ibadah Umrah dan Haji di Kementerian Agama, Noer Alya Fitra memaklumkan kos pembiayaan ibadah umrah diramal akan lebih murah daripada harga terkini.

Jelasnya, Kemenag masih dalam perbincangan untuk mengurangkan kos pembiayaan dengan beberapa pihak berkaitan.

“Semuanya akan diputuskan secara bersama seperti kos penginapan, penerbangan serta kuarantin,” katanya.

Noer memaklumkan, virus Covid-19 menyebabkan kenaikan pembiayaan umrah sebanyak tiga peratus sejak tahun lalu.

Tetapi, beliau memberi jaminan besar kemungkinan kos itu dapat dikurangkan atas beberapa faktor.

“Kos itu akan dapat dikurangkan kerana jemaah akan menjalani tempoh kuarantin di asrama Haji milik pihak kementerian.

“Aspek lain yang akan dipertimbangkan adalah tempoh kuarantin, dimana ia akan dipendekkan daripada lapan menjadi lima hari sahaja,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok