Indonesia negara ke-13 catat lebih 4 juta kes positif Covid-19

August 24, 2021 · Dunia

Jumlah jangkitan positif di seluruh Republik Indonesia hari ini melepasi angka empat juta setelah 19,016 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, tatkala pemerintah mengumumkan kelonggaran terhadap perintah sekatan dan penutupan di beberapa wilayahnya.

Angka itu menjadikan Indonesia negara ke-13 di dunia yang mencatat lebih daripada empat juta kes sejak pandemik itu bermula pada 2019 lalu.

Data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI), menunjukkan keseluruhan kes positif kini berjumlah 4,008,166, manakala jumlah keseluruhan kematian juga meningkat kepada 128,252 kes.

Sebanyak 1,038 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 273,750 pesakit aktif sedang dirawat di hospital dan pusat kuarantin sementara.

Indonesia mencatatkan lebih 42,000 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 28 hari lalu, jumlah tertinggi berbanding negara-negara lain, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Negara itu juga adalah satu-satunya negara di dunia yang merekodkan purata 1,000 kematian akibat Covid-19 sejak sebulan lalu, lapor Jakarta Globe.

Dalam catatan yang lebih positif, sekitar 35,000 pesakit Covid-19 telah pulih atau keluar dari hospital dalam 24 jam terakhir untuk menjadikan kes aktif kepada 273,750.

Setakat ini, negara itu telah memberi 91 juta dos vaksin Covid-19 dengan 32.6 juta populasinya telah melengkapkan dos kedua. Pemerintah Indonesia menyasar untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 208 juta penduduk bagi mencapai imuniti kelompok.

Terdahulu, pemerintah Indonesia hari ini mengumumkan peraturan baharu Tahap 4, 3, dan 2 perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) mulai 24 Ogos hingga 30 Ogos 2021.

Peraturan baharu itu terkandung dalam arahan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Pulau Jawa dan Bali.

Dalam arahan itu kementerian berkenaan menjelaskan bahawa beberapa wilayah masih diletakkan di bawah Tahap 4 PPKM, termasuk Yogyakarta dan Bali. Semua daerah dan bandar di kedua-dua wilayah itu tidak mengalami penurunan tahap sekatan Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok