Indonesia naikkan cukai rokok

December 15, 2021 · Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati mengumumkan kadar cukai rokok di negara iti dinaikkan sebanyak 12 peratus mulai 1 Januari depan.

Menurutnya, kenaikan kadar itu akan membuatkan harga kebanyakan jenis rokok yang dijual di Indonesia akan meningkat kepada Rp38,100 (RM11.26) sebungkus bermula tahun depan.

“Presiden Jokowi meminta semua persediaan dapat dilaksanakan sebelum kita boleh mengguna pakai cukai baharu bermula 1 Januari depan.

“Kenaikan tarif cukai rokok sebanyak 12 peratus itu bukanlah satu angka yang besar kerana tahun lalu, kenaikan cukai adalah 12.5 peratus,” katanya.

Sehingga kini, rokok adalah pengeluaran kedua terbesar selepas beras yang dihasilkan sendiri oleh kelompok isi rumah penduduk miskin di republik itu.

Tambahnya, peningkatan kadar cukai rokok itu dilaksanakan selepas mempertimbangkan beberapa aspek utama iaitu untuk mengurangkan bilangan perokok, masalah pekerja di kilang rokok serta membanteras kegiatan penjualan rokok haram.

Beliau berharap peningkatan cukai itu boleh mengurangkan kadar perokok berumur antara 10 hingga 18 tahun yang kini merekodkan 8.83 peratus, kepada unjuran 8.7 peratus yang ditetapkan pada tahun 2024.

Pada peringkat ASEAN, Indonesia adalah negara ketiga yang menjual rokok dengan harga tinggi di belakang Singapura dan Malaysia. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Mahkamah kekalkan keputusan Najib dan anak perlu bayar cukai RM1.7 bilion
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok