Indonesia mula tambah ICU

July 25, 2021 · Dunia

Pemerintah Indonesia mula membuat beberapa persediaan tambahan di hospital seluruh negara itu, terutama di zon merah Covid-19, termasuk menambah jumlah bilik bagi unit rawatan rapi (ICU).

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan dalam satu kenyataan berkata tambahan ICU akan dilakukan di wilayah-wilayah yang telah melaporkan mempunyai kes kematian tertinggi.

Minggu lalu, Indonesia melaporkan kematian tertinggi empat hari berturut-turut. Kes kematian tertinggi dilaporkan Jumaat lalu dengan 1,566 pesakit meninggal dunia, menjadikan kumulatif kes sebanyak 82,000.

Katanya, jumlah kematian meningkat disebabkan beberapa faktor antaranya termasuk keadaan hospital yang tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

“Keadaan pesakit yang dirawat juga sudah dalam keadaan kritikal, malah sesetengahnya meninggal dunia ketika kuarantin kendiri di rumah tanpa pemantauan,” katanya.

Sementara itu pemerintah Indonesia belum membuat keputusan sama ada akan menyambung atau tidak erintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’, terutama di wilayah Pulau Jawa yang paling padat penduduk.

PPKM Darurat itu mula berkuat kuasa 3 Julai lalu dan berakhir 20 Julai, namun didorong oleh penularan varian Delta yang meluas di wilayahnya, Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menyambung hingga hari ini.

PPKM Darurat itu kemudian dikenali sebagai PPKM Tahap 4. Melalui penguatkuasaan Tahap 4 itu penduduk yang bekerja di sektor penting boleh berulang alik ke Jakarta selagi mereka mempunyai sijil pendaftaran pekerjaan atau STRPs.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok