Indonesia mansuh sepenuhnya pakai pelitup muka jika Covid-19 terkawal

May 31, 2022 · Dunia

Pemerintah Republik Indonesia masih memantau kelonggaran polisi pemakaian pelitup muka yang mula dilaksanakan 18 Mei lalu, sebelum sebarang langkah diambil untuk menamatkannya.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi berkata sekiranya pandemik Covid-19 telah dapat dikawal sepenuhnya, maka tidak mustahil Indonesia akan memansuhkan sama sekali pemakaian pelitup muka.

“Kami masih menunggu hingga pertengahan Jun, kerana lonjakan kes biasanya berlaku 30 hingga 35 hari selepas pelaksanaan dasar pelitup muka itu.

“Sekiranya trend agak lebih baik, kami akan menjalankan satu lagi tinjauan pada Jun. Jika ia ternyata baik, mudah-mudahan, kita boleh beransur-ansur menamatkan pemakaian pelitup muka dan sekatan lain,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan kelonggaran yang dikeluarkan masih perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab memandangkan dunia belum sepenuhnya bebas daripada Covid-19, justeru risiko penularan virus masih kekal.

Baru-baru ini, jumlah kes yang disahkan Covid-19, di peringkat global dan nasional, terus menurun. Di Indonesia, Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah kes harian secara relatifnya stabil di bawah 1,000 sehari.

Ketika situasi pandemik Covid-19 semakin pulih, kerajaan mula melonggarkan sekatan awam sebagai peralihan daripada pandemik kepada endemik. Mereka yang sihat dibenarkan menanggalkan pelitup muka di luar rumah.

Warga emas, orang yang mempunyai komorbiditi, dan orang yang mengalami selesema dengan simptom batuk masih diwajibkan memakai pelitup muka di dalam atau di luar rumah.

Sementara itu, Budi Gunadi berkata vaksin Covid-19 yang telah tamat tempoh akan dimusnahkan serta-merta, tanpa perlu melanjutkan lagi tempoh kegunaanya.

“Kemudahan penyimpanan kami merasakan tekanan kerana ia dipenuhi dengan dos yang telah tamat tempoh.

“Itu terutamanya kerana kami mempunyai kempen baharu untuk vaksinasi asas kepada kanak-kanak di seluruh negara.”

Kira-kira sembilan juta dos dijangka tamat bulan ini, kata jurucakap pasukan petugas Covid-19 Indonesia Dr Siti Nadia Tarmizi.

Dianggarkan tiga daripada lima rakyat Indonesia telah mendapat dua suntikan vaksin Covid-19, manakala 17 peratus telah mendapat dos ketiga. – Agensi

Berita berkaitan
Singapura import ayam dari Indonesia, tambah sumber baharu makanan
11 jam lalu· Dunia
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
June 29, 2022· Politik
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Elon Musk lawat Indonesia pada Nov bukan Malaysia selepas dijemput Jokowi
May 16, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan
June 28, 2022
Lagi Dunia terkini
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
8 jam lalu · Dunia
Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik
8 jam lalu · Dunia
Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi
11 jam lalu · Dunia
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022 · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
June 30, 2022 · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok