Indonesia larang rakyat pulang kampung cuti Krismas, Tahun Baharu

November 27, 2021 · Dunia

Kerajaan Republik Indonesia meminta rakyat negara itu supaya tidak melakukan perjalanan pulang ke kampung menjelang cuti Krismas serta sambutan Tahun Baharu, kerana bimbang wabak Covid-19 menular semula.

Jurucakap kerajaan yang mengendalikan Covid-19, Dr Reisa Broto Asmoro berkata tradisi pulang ke kampung halaman menjelang musim perayaan menimbulkan risiko penularan Covid-19 dalam kelompok yang besar.

“Telah terbukti bahawa kesan perjalanan ke kampung halaman ketika Aidilfitri 2021 dan mobiliti tinggi pada Krismas serta Tahun Baharu yang lalu mencipta kitaran penularan baharu,” katanya.

Beliau memaklumkan selepas cuti Aidilfitri 2021, Indonesia mencatat peningkatan kes harian sehingga sekitar 50 ribu sehari, meningkat lebih seribu peratus berbanding tempoh sebelumnya.

“Pada sambutan Maulidur Rasul dan Krismas 2020 secara kolektif berlaku peningkatan lebih 5 ribu kes harian baharu, meningkat 100 peratus daripada bulan sebelumnya,” katanya.

Dr Reisa berkata melalui Arahan Menteri Dalam Negeri No. 62 Tahun 2021 yang menetapkan pencegahan dan pengendalian Covid-19 pada Krismas dan Tahun Baru, kerajaan telah melarang cuti penjawat awam, anggota pasukan keselamatan, polis, kakitangan syarikat milik negara, dan pekerja syarikat swasta.

Beliau menjangkakan orang ramai akan mematuhi arahan itu.

“Kementerian Dalam Negeri juga meminta kerajaan tempatan dan wilayah untuk mengharamkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan sukan dari 24 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

“Semua tempat perhimpunan termasuk dataran, perlu ditutup pada 31 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022, selain mengawal selia aktiviti peniaga jalanan, manakala arahan penjarakan fizikal mesti dilaksanakan di kawasan sesak,” katanya.

Pegawai ketenteraman awam, Unit Keselamatan Awam, dan pegawai Agensi Tebatan Bencana Wilayah, serta anggota bomba, diminta meningkatkan kesiapsiagaan dan terlibat secara aktif dalam mencegah dan mengendalikan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, katanya.

“Kami juga meminta mereka untuk mencegah dan mengendalikan perhimpunan besar-besaran atau orang ramai di kemudahan awam, kemudahan hiburan seperti pusat beli-belah dan restoran, tempat tarikan pelancong, dan kemudahan ibadat, ketika tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok