Indonesia larang pelancong masuk melalui lapangan terbang Jakarta

February 7, 2022 · Dunia

Indonesia mengenakan larangan sementara kepada semua pelancong asing memasuki negara itu melalui lapangan terbang Jakarta, kata Kementerian Pengangkutan, dalam usaha memperlahankan lonjakan jangkitan Covid-19 yang didorong oleh varian Omicron.

Negara Asia Tenggara itu menyaksikan peningkatan kes, dengan lebih 36,000 jangkitan direkodkan pada Ahad (6 Februari 2022) dan kadar penghunian katil di hospital di ibu negara mencapai 63 peratus.

Langkah menghalang pelancong daripada terbang ke Jakarta dibuat hanya beberapa hari selepas Bali mengalu-alukan penerbangan antarabangsa pertama dalam hampir dua tahun yang membawa pelawat asing.

Peraturan baharu itu terpakai kepada pelancong asing dan warga Indonesia yang melancong ke luar negara untuk bercuti, kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Ahad.

Keputusan untuk menghadkan sementara ketibaan pelancong bertujuan memperlahankan penyebaran Covid-19, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Novie Riyanto.

Pelancong yang terbang dari luar negara masih boleh tiba di lapangan terbang Bali, begitu juga di Batam dan Tanjung Pinang di Kepulauan Riau dekat Singapura.

Polis juga telah melaksanakan perintah berkurung di pusat bandar Jakarta dari tengah malam hingga 4 pagi kerana jangkitan terus meningkat.

Menteri penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan hari ini memaklumkan sekatan sosial di Jakarta dan Bali akan diperketatkan semula.

Di bawah peraturan baharu itu, pasar raya, pusat beli-belah dan restoran akan beroperasi pada kapasiti 60 peratus dan rumah ibadat akan dikurangkan kepada 50 peratus kapasiti, katanya.

Di sebalik kebimbangan peningkatan kes Omicron, pulau peranginan Bali menyambut penerbangan dari Tokyo membawa enam warga asing, kebanyakannya ejen pelancongan yang tiba untuk memantau kesediaan pulau itu menerima pelancong asing.

Bali secara rasmi dibuka kepada pelawat asing dari 19 negara pada Oktober lalu, tetapi tanpa penerbangan bukan kargo sehingga minggu lalu pelancong asing telah dihadkan.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Suami sayang isteri, bina rumah ‘berpusing’ di Bosnia
October 11, 2021
WHO tolak rawatan plasma darah kepada pesakit Covid-19
December 7, 2021
Pyongyang tembak peluru berpandu menjelang latihan AS-Korea Selatan
September 25, 2022
Lagi Dunia terkini
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
5 minit lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
7 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
21 jam lalu · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
46 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok