Indonesia lapor kes baharu terendah sejak 30 Jun hari ini

August 9, 2021 · Dunia

Indonesia hari ini merekodkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 terendah sejak 30 Jun lalu, tatkala perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat Tahap 4 (Darurat Tahap 4) di Pulau Jawa dan Bali memasuki hari terakhir, hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, negara itu melaporkan 20,709 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 3,686,740 kes, menurut data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI) hari ini.

Kali terakhir negara itu merekodkan jumlah terendah ialah pada 29 Jun iaitu sebanyak 20,467 kes, sebelum melonjak sepanjang Julai dan awal bulan ini.

Bagaimanapun, data KKRI menunjukkan jumlah kematian kekal tinggi dengan 1,475 pesakit meninggal dunia dalam tempoh itu.

Sejak virus asal Covid-19 menular di negara itu awal tahun lalu, dan kini penularannya didominasi varian Delta, sebanyak 108,571 individu yang dijangkiti meninggal dunia. Indonesia adalah negara ke empat di dunia yang mempunyai paling ramai penduduk.

Pada 4 Ogos lalu, Indonesia mencapai titik menakutkan apabila angka kematian meletakkan negara itu bersama 11 negara lain di dunia yang merekodkan jumlah pesakit Covid-19 meninggal dunia melebihi 100,000 kes.

Pada 27 Julai lalu, Indonesia merekodkan jumlah kematian harian tertinggi membabitkan 2,069 pesakit Covid-19.

Sementara itu, jumlah kes aktif pula turun kepada 448,508, terendah sejak tujuh hari lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022· Dunia
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
October 6, 2022
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
October 6, 2022
Taikun India orang kedua terkaya di dunia, atasi pengasas Amazon
September 17, 2022
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022
Lagi Dunia terkini
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
13 jam lalu · Dunia
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
15 jam lalu · Dunia
Ketua Pengarah Penjara Kashmir dibunuh kumpulan pemisah
October 4, 2022 · Dunia
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
14 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok