Indonesia lanjut darurat Tahap 4 sehingga 9 Ogos

August 3, 2021 · Dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi, melanjutkan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Tahap 4 (PPKM Tahap 4) yang tamat semalam sehingga 9 Ogos ini, susulan jangkitan Covid-19 yang dilihat semakin menurun.

“Mempertimbangkan beberapa petunjuk kes Covid-19 minggu ini, penguatkuasaan PPKM Tahap 4 dilanjutkan di beberapa bandar dan daerah. Aktiviti masyarakat dan sekatan pergerakan akan disusun semula berdasarkan kepada situasi di setiap kawasan.

“PPKM Tahap 4 yang dilaksanakan dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021 telah memberi kesan kepada kes-kes positif setiap hari, kadar kes aktif, dan nisbah penggunaan katil hospital serta meningkatkan kes sembuh.

“Namun, kita tidak boleh melaksanakan dasar yang sama dalam jangka masa yang panjang. Kita harus selalu mempertimbangkan semula dasar kita berdasarkan data terbaharu untuk menentukan pilihan yang tepat bagi kedua-dua sektor kesihatan dan ekonomi,” katanya.

Menurut arahan Kementerian Dalam Negeri Indonesia, beberapa daerah di tujuh wilayah terbabit dalam pelaksanaan PPKM Tahap 4.

Wilayah terbabit ialah:

1. DKI Jakarta yang merangkumi Jakarta Tengah, Jakarta Timur, Jakarta Utara, Jakarta Selatan, Jakarta Barat dan daerah Pulau Seribu

2. Wilayah Banten: Bandar Cilegon, Serang, Tangerang Selatan, dan daerah bandar Tangerang.

3. Wilayah Jawa Barat: Bandung, Banjar, Bekasi, Bogor, Cimahi, Cirebon, Depok, Karawang, Purwakarta, Sukabumi, Sumedang, Tasikmalaya dan Bandung Barat.

4. Wilayah Jawa Tengah: Banjarnegara, Bayumas, Batang, Demak, Jepara, Karanganyar, Kebumen, Kendal, Klaten, Kudus, Mahelang, Pati, Pekalongan, Purworejo, Rembang, Semarang, Sragen, Sukoharjo, Surakarta, Tegal, Temanggung, Wonogiri, dan Wonosobo.

5. Wilayah Istimewa Yogyakarta: Sleman, Bantul, Kulonprogo, Gunungkidul dan kota Yogyakarta.

6. Wilayah Jawa Barat: Bangkalan, Banyuwangi, Batu, Blitar, Bondowoso, Bojonegoro, Gresik, Jember, Jombang Kediri Lamongan, Lumajang, Madiun, Magetan, Malang, Mojokerto, Nganjuk, Ngawi, Pasuruan, Ponorogo, Probolinggo, Sidoarjo, Situbondo, Surabaya, Trenggalek, Tuban, dan Tulungagung.

7. Wilayah Bali: Badung, Buleleng, Denpasar, Gianyar, Klungkungdan Tabanan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok