Indonesia kuat kuasa larangan masuk mulai esok

July 5, 2021 · Dunia

Pemerintah Republik Indonesia akan melaksanakan perintah penutupan sempadan negara itu mulai esok, dan hanya membenarkan warga asing yang sudah memperoleh vaksin lengkap memasukinya.

Jurucakap Menteri Penyelaras Hal Ehwal dan Pelaburan Maritim, Jodi Mahardi memaklumkan warga asing akan diminta menunjukkan kad vaksinasi yang lengkap dan menyertakan hasil keputusan negatif untuk ujian PCR Covid-19 sebelum memasuki republik itu.

Namun Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, pengecualian sijil vaksinasi diberikan kepada diplomat asing dan pengawai peringkat kementerian bersesuaian dengan hubungan diplomatik yang dilaksanakan negara lain.

Manakala, warganegara Indonesia yang pulang ke negara itu dan tidak mempunyai kad vaksinasi hanya diminta untuk menunjukkan hasil keputusan negatif ujian PCR Covid-19.

Setelah dikuarantin, mereka akan segera diberi vaksinasi.

Dalam kenyataannya beliau memaklumkan, peraturan kuarantin diwajibkan untuk warga asing dan warga Indonesia.

“Mereka harus menjalani kuarantin selama lapan hari dengan melakukan dua ujian PCR Covid-19, iaitu pada hari ketibaan dan hari ketujuh,” katanya sembil menjelaskan tempoh kuarantin lapan hari sesuai dengan arahan Kementerian Kesihatan.

Semalam, Indonesia menunjukkan peningkatan kes kematian sebanyak 555 dan kes harian dengan 27,233 jangkitan baharu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok