Indonesia hantar kapal perang pastikan China tak ceroboh Natuna

September 17, 2021 · Dunia

Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) meningkatkan rondaan di Kepulauan Natuna di Laut China Selatan setelah beberapa kapal China dan Amerika Syarikat (AS) dikesan berhampiran perairan antarabangsa, walaupun dikatakan tidak ada gangguan berlaku.

Pemerintah TNI-AL wilayah barat Indonesia, Komander Arsyad Abdullah berkata lima kapal perang TNI-AL dibantu pesawat udara dikerah memastikan keselamatan Laut Natuna Utara semalam.

“Kedudukan TNI-AL di Laut Natuna Utara sangat jelas dalam melindungi kepentingan dan kedaulatan wilayah Indonesia sesuai dengan undang-undang antarabangsa yang menegaskan tidak ada toleransi terhadap pelanggaran peraturan di laut itu,” katanya.

Pada 2017, Indonesia menamakan semula bahagian utara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara, dalam sebahagian daripada rangka menolak cita-cita China untuk menguasai wilayah itu.

Arsyad berkata, kapal China dan AS dikesan berhampiran Laut Natuna Utara beberapa hari lalu dan sehingga kini masih berada di perairan antarabangsa.

Januari tahun lalu ketegangan tercetus antara Jakarta dan Beijing setelah kapal pengawal pantai China dan angkatan bot nelayan negara itu memasuki Laut Natuna Utara, memaksa Indonesia menghantar jet pejuang.

China tidak menuntut kepulauan Natuna tetapi berkata kedudukannya terletak berhampiran wilayah penangkapan ikan dalam lingkungan ‘Nine-Dash Line’ yang dituntut China – tuntutan yang tidak diiktiraf beberapa negara Asean dan undang-undang antarabangsa. – Agensi

Berita berkaitan
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan boleh dedah perjanjian dengan Indonesia dalam PSC, cadang Khairy
August 22, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
2 jam lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok