Indonesia guna pendekatan agama percepat capai fasa endemik Covid-19

September 7, 2021 · Dunia

Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin mengesa semua tokoh agamawan di republik itu untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menyokong usaha kerajaan bagi mencapai fasa endemik dalam mencegah Covid-19 yang semakin melandai , dalam waktu terdekat.

“Peranan tokoh agama amat penting dalam memasuki fasa penyembuhan ini. Mereka memainkan peranan penting untuk menjaga, memotivasikan dan menaikkan semangat orang ramai dalam kehidupan seharian untuk beribadat, bersosial dan meningkatkan ekonomi setelah setahun berperang dengan pandemik ini.

“Hampir setahun ini, ulama telah memainkan peranan untuk memupuk pemahaman kepada masyarakat tentang pentingnya kesihatan diri, menjaga peraturan kesihatan yang ditetapkan dan pentingnya vaksinasi sebagai usaha yang wajib dilakukan oleh orang yang beragama dan soleh dalam melakukan ikhtiar bagi menghindari sesuatu penyakit,” tegasnya.

Beliau juga mendorong semua tokoh agamawan di republiknya untuk berganding bahu menaikkan semangat rakyatnya dalam usaha untuk memasuki fasa pemulihan setelah hampir setahun berhempas pulas untuk sampai ke tahap endamik Covid-19.

“Kita harus sama-sama berganding bahu dan perlu menyakinkan orang ramai untuk menutup kekurangan dihadapi akibat pandemik ini dan sama-sama mempersiapkan diri untuk berada di fasa endemik penyakit yang akan kita lalui tidak lama lagi,” katanya lagi.

Fasa endemik akan sentiasa berada dalam kalangan masyarakat. Endemik membawa maksud sesuatu penyakit yang sentiasa terdapat di dalam sesuatu kawasan seperti daerah, negeri atau negara.

Amin turut memuji dialog antara agama peringkat nasional yang dikendalikan oleh Badan Pentadbir Masjid Istiqlal di Jakarta yang menyeru media memainkan peranan dalam meningkatkan keharmonian agama dan perpaduan masyarakat di Indonesia.

“Dialog antara agama ini sangat penting kerana terdapat pelbagai latar belakang agama, etnik dan bangsa di Indonesia, dan ini merupakan watak utama dalam usaha pihak kesatuan kita dalam usaha untuk membangunkan negara selepas pandemik ini,” tambahnya lagi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar jangkitan harian Covid-19 di republik itu semakin menunjukkan penurunan di bawah standard yang ditetapkan iaitu lima peratus untuk pertama kalinya dalam minggu ini dan ini memberikan petunjuk yang positif di mana gelombang kedua di Indonesia ini akan beransur pulih.

Pada bulan Julai lalu, kadar positif atau angka yang disahkan positif Covid-19 telah mencapai 33.4 peratus dan Indonesia telah menjadi pusat utama penularan di Asia kerana didorong oleh varian Delta yang mudah merebak.

Namun, menurut data bebas kawalan Covid-19 semalam, kadar itu telah turun ke 4.57 peratus, yang terendah sejak Mac tahun lalu ketika kes pertama di Indonesia dilaporkan. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok