Indonesia diambang tsunami Covid-19, jangkitan tertinggi hari ini

June 21, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini mengumumkan lonjakan tertinggi kes harian jangkitan baharu virus Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah disahkan positif sejak pandemik bermula melebihi dua juta orang.

Kementerian itu melaporkan jangkitan baharu yang direkodkan hari ini adalah 14,536 kes dengan 294 kematian, menjadikan jumlah yang disahkan meninggal dunia kepada 54,950 kes. Kedua-dua kes jangkitan dan kematian itu adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, memperlihatkan peningkatan jangkitan sejak beberapa minggu ini – dengan menyalahkan pergerakan orang ramai ketika cuti sambutan Hari Raya Puasa yang lalu, dan kewujudan varian Delta yang pertama kali ditemukan di India.

Peningkatan kes baharu itu memberi tekanan kepada pihak hospital termasuk di Jakarta di mana 80 peratus daripada katil hospital telah digunakan, selain menyebabkan kerajaan mempercepatkan rancangan untuk menyuntik sejuta orang sehari menjelang bulan depan.

Setakat ini, Indonesia dilaporkan memberi vaksin kepada 12.3 juta daripada 270 juta penduduknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu memberi amaran peningkatan drastik kadar penggunaan katil hospital di Indonesia menjadi perhatian utama dan memerlukan langkah kesihatan dan sosial masyarakat yang lebih ketat, termasuk sekatan sosial berskala besar.

Kerajaan Indonesia sebelum ini menolak sekatan dan penutupan berskala besar kerana bimbang akan memberi kesan kepada ekonomi. Pejabat, restoran, pusat beli-belah dan tempat ibadat tetap dibuka.

“Situasi amat membimbangkan. Kami berdepan gelombang kedua Covid-19 dengan varian yang sangat mudah menular, manakala orang ramai pula kurang memberi perhatian kepada protokol kesihatan,” kata Ahli Epidemiologi Universiti Gajah Mada Riris Andono Ahmad.

Sambil menggesa langkah-langkah kawalan ketat dilakukan, beliau berkata, semua usaha dan polisi kerajaan untuk mengekang Covid-19 tidak akan berkesan jika memberi peluang kepada orang ramai berkumpul.

Pasukan petugas khas Covid-19 kebangsaan berkata peningkatan jangkitan dikesan berlaku di wilayah Jakarta, Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta dan Jawa Timur – semuanya di Pulau Jawa di mana populasi paling tinggi dengan 17,000 pulau. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok