Indonesia: Covid-19 melonjak semula lima kali ganda dalam tiga minggu

January 21, 2022 · Dunia

Jangkitan positif Covid-19 di Indonesia meningkat hampir lima kali ganda dalam tempoh tiga minggu lalu, menurut Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 republik itu.

Jumlah itu meningkat daripada 1,123 kepada 5,454 dalam tempoh tiga minggu lepas, kata jurucakap Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19, Wiku Adisasmito.

Menurutnya jumlah kes aktif Covid-19 minggu ini mencecah 8,605, meningkat 3,000 berbanding minggu sebelumnya.

“Peningkatan kes semasa sudah tentu berpunca daripada dua sebab iaitu melalui penularan tempatan dan pelancong asing,” katanya.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa pada masa ini, penularan Covid-19 di Indonesia kebanyakannya disebabkan oleh penularan tempatan.

“Sehingga 15 Januari lalu, 63 peratus kes positif Covid-19 disebabkan penularan tempatan,” katanya.

Menurut Adisasmito, kes Covid-19 masih dikesan dalam kalangan pelancong dari luar negara, namun ia bukan lagi punca utama penularan kerana jumlah itu lebih rendah berbanding penularan tempatan.

“Walau apa pun varian yang sedang memasuki Indonesia, pada prinsipnya, penularan yang sedikit pun mesti segera dikawal supaya ia tidak merebak dan menyebabkan lonjakan kes Covid-19,” katanya.

Kes pertama Covid-19 disahkan di Indonesia pada Mac 2020.

Menurut data yang diberikan oleh Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19, setakat 20 Januari 2022, sekurang-kurangnya 4,277,644 individu telah diuji positif, manakala 4,121,117 pesakit pulih dan 144,199 meninggal dunia.

Kementerian Kesihatan telah mengesan kes Omicron pertama di Indonesia pada 15 Disember 2021. Sehingga 20 Januari 2022, kementerian telah merekodkan sebanyak 882 kes Omicron di negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok