Indonesia catat 4,189 kes semalam, Singapura 6,434, Thailand 26,234

March 27, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa Indonesia melaporkan jumlah kes Covid-19 di negara itu turun kepada 4,189 kes semalam (26 Mac), berbanding 4,857 kes pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhannya 5,995,876 kes.

Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 berkata jumlah kes aktif juga terus menurun 6,861 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 139,143 kes.

Wilayah yang paling aktif adalah Jawa Barat yang mencatat 35,122 kes aktif, diikuti Jawa Tengah (17,675); Yogyakarta (14,093); Papua (11,894); dan Lampung (10,298 kes).

Sementara itu, data menunjukkan bahawa jumlah pesakit yang pulih daripada Covid-19 meningkat sebanyak 10,943 pada Sabtu, menjadikan keseluruhannya 5,702,163 individu.

Seramai 107 pesakit juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 154,570 kes – tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Jurucakap Kerajaan bagi Pengendalian Covid-19, Reisa Broto Asmoro, berkata trend penularan Covid-19 di Indonesia secara konsisten meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, terdapat empat petunjuk yang perlu diambil kira sekiranya Indonesia mahu mara ke fasa endemik, seperti kadar positif dan kadar penghunian katil hospital, iaitu di bawah 5 peratus, katanya.

Sementara itu, Singapura pula melaporkan 6,434 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari semalam membabitkan 6,312 penularan tempatan dan 122 kes import.

Tujuh lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian akibat komplikasi virus itu meningkat kepada 1,246 kes.

Terdapat 731 pesakit di hospital, menurut statistik jangkitan terkini di laman web Kementerian Kesihatan (MOH). Seramai 93 pesakit memerlukan bantuan oksigen.

Sejak penularan Covid-19 pada awal 2020 lalu hingga semalam, Singapura merekodkan 1,067,157 kes positif.

Sementara itu, seramai 26,234 individu di Thailand disahkan dijangkiti Covid-19 semalam, dengan 36 daripadanya adalah pengembara luar.

Kementerian Kesihatan Awam (PHA) Thailand juga melaporkan 67 pesakit meninggal dunia dalam tempoh itu, menjadikan kumulatif kematian sebanyak 24,715 kes.

Thailand kini mencatat kumulatif positif lebih 3.5 juta kes, termasuk 1,279,829 kes yang dikesan sejak 1 Januari lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi, menghampiri RM4.60 berbanding dolar
May 24, 2023· Isu semasa
Ringgit menjunam ke paras terendah berbanding dolar Singapura
May 24, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
12 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok