Indonesia catat 40,920 kes baharu

Indonesia hari ini merekodkan 40,920 jangkitan baharu Covid-19, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes).

Menurut data itu, wilayah Jawa Barat mencatat kes tertinggi sebanyak 8,569 kes diikuti Jawa Timur dengan 4,911 kes.

Jakarta pula mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi hari ini sebanyak 4,196 kes.

Data Kemkes juga merekodkan dalam tempoh 24 jam lalu, seramai 376 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, sementara 42,935 lagi telah sembuh.

Dengan jumlah jangkitan hari ini, Indonesia kini merekodkan kumulatif positif sebanyak 536,823 kes aktif.

Wiku Adisasmito, jurucakap Pasukan Petugas Covid-19 Kebangsaan, berkata kerajaan telah merangka strategi baharu untuk menangani wabak Covid-19.

“Pelarasan sedang dibuat untuk memastikan protokol kesihatan terus dilaksanakan di tengah-tengah penyambungan semula aktiviti ekonomi.

“Penyesuaian seperti mengendalikan sektor ekonomi dengan pembukaan semula secara beransur-ansur, ditambah dengan pemantauan rapi,” katanya.

Tambah Wiku, sistem dasar gelembung yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan akan terus diperhalusi sesuai dengan kesediaan dan kapasiti wilayah yang melaksanakannya. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR