Indonesia catat 37,492 kes baharu

February 9, 2022 · Dunia

Kes Covid-19 di Indonesia terus meningkat apabila gelombang ketiga wabak itu menular, terutama di beberapa bandar besa, sejak kebelakangan ini.

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam Pasukan Petugas Khas Covid-19 merekodkan 37,492 jangkitan baharu, meningkat berbanding sebelumnya.

Jumlah itu menjadikan sehingga kini, kumulatif kes positif di Indonesia melonjak melebihi 4.58 juta, menurut data terkini Kemkes dan pasukan khas itu.

Pada masa sama seramai 10,708 pesakit telah sembuh, namun kurang sepertiga daripada jangkitan baharu. Indonesia setakat ini telah mencatat lebih 4.20 juta pesakit pulih daripada Covid-19.

Negara itu juga melaporkan 83 kematian semalam, menjadikan jumlah korban Covid-19 meningkat kepada 144,719.

Sementara itu, ahli epidemologi Universiti Griffith Australia, Dicky Budiman berkongsi keyakinan bahawa gelombang baharu Covid-19 didorong kepantasan jangkitan varian Omicron akan berhenti sebelum sambutan Aidilfitri pada awal Mei depan.

Beliau membuat penilaian penularan itu boleh dielakkan dengan mematuhi beberapa syarat, termasuk mempercepatkan dua dos vaksinasi dan suntikan dos penggalak.

Menurutnya, penguatkuasaan sekatan aktiviti awam atau PPKM Tahap 3 di Jakarta Raya dan beberapa wilayah lain adalah ideal di tengah-tengah peningkatan kes Omicron kerana ia tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Bagi membendung wabak Covid-19, Dicky percaya PPKM masih diperlukan untuk keberkesanan program 3T (Pengujian, Pengesanan, dan Rawatan), pelaksanaan protokol kesihatan dan vaksinasi.

Dicky juga mengakui bahawa Omicron mungkin bukan varian terakhir yang membimbangkan, dan kemungkinan akan ada satu lagi gelombang Covid-19 pada masa hadapan. Namun, sekiranya program vaksinasi terus dipergiatkan, maka tiada masalah.

“Jika kami telah menerima vaksin, terutamanya suntikan penggalak, tidak akan ada masalah dengan varian [baru]. [COVID-19] nanti akan menjadi seperti selesema, yang berbahaya kepada kumpulan yang terdedah,” katanya.

Jumlah kes Civid-19 di Indonesia terus meningkat. Pada Selasa, 8 Feb, pihak berkuasa merekodkan 37,492 kes baharu, yang kebanyakannya disumbangkan oleh Jakarta dengan 10,817 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Barat sekat Russia daripada Swift: Apakah sistem pembayaran global?
February 27, 2022
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
50 minit lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
8 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
21 jam lalu · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok