Indonesia catat 2,282 kes baharu

Republik Indonesia hari ini melaporkan 2,282 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sedikit berbanding 1,661 kes pada Isnin.

Jurucakap Pasukan Petugas Covid-19 Indonesia berkata negara itu kini mencatat kumulatif positif lebih 6.02 juta, dengan 5.78 juta pesakit telah sembuh.

Menurutnya, dalam tempoh itu juga seramai 72 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 155,421 kematian.

Jakarta mencatat jangkitan tertinggi sebanyak 568 kes diikuti Jawa Barat (405); Jawa Tengah (288); Banten (280); dan Jawa Timur (165 kes).

“Jumlah kes aktif turun kepada 85,204 kes berbanding 90,235 semalam,” katanya.

Setakat ini, lebih 196.88 juta rakyat Indonesia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR