Indonesia catat 13,018 kes baharu Covid-19 pada Rabu, 230 kematian

March 17, 2022 · Dunia

Indonesia pada Rabu, 16 Mac 2022, merekodkan 13,018 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 5,927,550, kedua tertinggi dalam kelangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam yang mencatat lebih 6.55 juta kes.

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) juga memaklumkan seramai 230 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam menjadikan kumulatif kematian sebanyak 152,975 kes.

“Seramai 32,262 pesakit telah pulih daripada penyakit itu dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 5,494,606 pesakit,” menurut data Kemkes.

Susulan langkah mempercepatkan program vaksinasi nasionalnya untuk membendung penularan virus itu, lebih 193.90 juta orang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 152.40 juta telah menerima dos kedua.

Indonesia memulakan vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran pada Januari tahun lalu selepas pihak berkuasa meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac China.

Menyasarkan untuk memberi vaksin sepenuhnya kepada 208.26 juta penduduk di negara ini, pemerintah Indonesia setakat ini telah memberi lebih 361.53 juta dos, termasuk dos penggalak.

Terdahulu, jurucakap kerajaan bagi pengendalian Covid-19, Reisa Broto Asmoro, berkata situasi pandemik di Indonesia terus bertambah baik.

“Diharap, aliran menurun akan berterusan apabila keadaan pandemik bertambah baik di seluruh dunia,” katanya.

Walaupun situasi Covid-19 semakin pulih, Asmoro meminta orang ramai untuk terus mematuhi protokol kesihatan – memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak yang selamat – serta mendapatkan vaksin untuk meningkatkan imuniti terhadap virus itu. – Agensi

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
14 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
35 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok