Indonesia belum selamat untuk hapus, longgar PPKM Darurat

July 25, 2021 · Dunia

Indonesia sedang mengalami gelombang jangkitan Covid-19 yang dahsyat, tetapi pemerintah negara itu sudah bercakap-cakap mengenai melonggarkan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’, terutama di wilayah Pulau Jawa yang paling padat penduduk.

Didorong oleh penularan varian Delta yang meluas di wilayahnya, Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menyambung PPKM Darurat itu yang tamat pada 20 Julai lalu sehingga esok (25 Julai 2021), dan kini menimbang untuk tidak lagi menyambungnya.

Alasan diberikan oleh beberapa penganalisis ialah sebahagian besarnya disebabkan oleh isu ekonomi.

Kesan wabak itu sangat kejam di Indonesia, dengan kisah pesakit Covid-19 berkejaran untuk cuba mendapatkan katil hospital, oksigen dan ubat-ubatan untuk mereka yang tersayang.

Jumlah kematian akibat Covid-19 pula empat kali pecah dalam tempoh seminggu ini dengan terbaharu pada Jumaat lalu membabitkan 1,566 kematian.

Semalam, Kementerian Kesihatan Republik Indonesia melaporkan 45,416 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan kumulatif sebanyak 3,127,826 kes, dengan 2,471,678 disahkan sembuh.

Negara itu juga melaporkan seramai 1,415 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 82,013.

Pun begitu, dan lebih seminggu setelah Indonesia mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi, Presiden Joko Widodo menyatakan bahawa sekatan semasa PPKM Darurat dapat dikurangkan seawal minggu depan jika kes mulai menurun.

Bagaimanapun pakar kesihatan berbeza pandangan. Melonggarkan sekatan mungkin terlalu awal dan meletakkan negara itu dalam kedudukan berbahaya.

Walaupun kes harian telah menurun daripada lebih 56,000 pada pertengahan Julai menjadi 49,000 pada 23 Julai, ahli epidemiologi berkata pada tempoh sama kadar ujian saringan juga kurang, sehingga sukar untuk menentukan apakah punca sebenar penurunan itu.

Walaupun kes menjadi landai, kelonggaran sekatan tidak disarankan memandangkan jumlah penempatan pesakit di hospital dan kadar kematian tetap tinggi, kata mereka.

LaporCovid-19, badan pemantau bebas di Indonesia, mengatakan jumlah kematian sebenar adalah tiga kali ganda daripada angka yang diterbitkan pihak berkuasa, di mana hampir 2,500 pesakit meninggal dunia ketika menjalani kuarantin di luar hospital sejak Jun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menggesa Indonesia menerapkan langkah-langkah kesihatan kepada masyarakat dan sosial dengan lebih ketat terutamanya bagi larangan pergerakan di seluruh negara ini.

Penutupan sebahagian sekatan sosial di Indonesia seperti bekerja dari rumah dan penutupan pusat beli-belah hanyalah terhad kepada pulau Jawa dan Bali serta sebahagian kawasan merah lain. Sektor ekonomi yang dianggap penting dikecualikan daripada peraturan penutupan.

Menteri Kanan Luhut Pandjaitan mengatakan larangan itu dapat dilonggarkan pada Isnin 26 Julai ini jika kes menunjukkan penurunan. Beliau berpendapat situasi sosial rakyat Indonesia perlu diambil kira untuk membuat keputusan itu.

Prihatin terhadap golongan miskin selain siri protes kecil-kecilan sejak minggu lalu, meningkatkan lagi kebimbangan mengenai risiko ketidaktentuan kehidupan rakyat apabila tidak dapat keluar bekerja.

Dengan 60 peratus tenaga kerja di sektor tidak penting, pakar mengatakan protes yang dilakukan adalah manifestasi kekecewaan – tidak semestinya menentang sekatan, tetapi lebih kepada kesukaran untuk bertahan dalam kehidupan.

Pada masa sama, pemerintan meneruskan program vaksinasi bagi membantu mengurangkan kesan pandemik – kebanyakannya bergantung kepada vaksin Sinovac buatan China.

Walaupun Indonesia bekerja keras untuk memulai program vaksinasi lebih awal, rintangan logistik, bekalan terhad dan keraguan terhadap vaksin menyebabkan program itu bergerak perlahan. Setakat ini hanya enam peratus daripada 270 juta rakyatnya yang diberi vaksin sepenuhnya.

Janji untuk mencapai 400,000 ujian saringan setiap hari dan meningkatkan jejak kontak juga turun, sementara kadar positif rata-rata 28.7 peratus pada minggu lalu

Pemerintah Indonesia kini dilihat berdepan pertimbangan lebih rumit untuk membuat keputusan sama ada melonggarkan sekatan PPKM Darurat atau menyambung lagi tempoh kuat kuasa, sambil memikirkan dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu kesihatan serta keselamatan rakyat dan kedudukan ekonomi.

Di sebelah pihak mengkritik kerajaan tidak mengutamakan kesihatan dan keselamatan rakyat. Sebaliknya kegagalan melonggarkan sekatan dan membuka kembali ruang ekonomi akan menjejaskan kehidupan rakyatnya.

Kesatuan sekerja negara itu telah memberi amaran pemberhentian pekerja besar-besaran akan berlaku, melainkan sekatan dilonggarkan esok. Agensi penarafan kredit pula berkata sekatan akan memberi kesan kepada sasaran pemerintah untuk menurunkan defisit fiskal.

Sementara itu, pakar epidemiologi Universiti Indonesia, Pandu Riono pula berkata sekatan pergerakan orang ramai tidak boleh dilonggarkan kerana sejak dikuatkuasakan pada 3 Julai lalu belum ada kesan positif yang dihasilkan.

Penurunan jumlah kes harian adalah disebabkan kurangnya ujian saringan yang dilakukan, sedangkan jumlah kegunaan katil hospital masih tinggi.

Namun beliau berpendapat pemerintah akan melonggarkan juga sekatan itu walaupun indikator kesihatan tidak menunjukkan angka memberangsangkan. Namun beliau menjangkakan kelonggaran itu tidak dibuat di seluruh negara sebaliknya pada peringkat wilayah yang ekonominya terjejas teruk.

“Mungkin kelonggaran akan diberikan di wilayah seperti Jakarta, Surabaya dan Bandung di mana banyak demonstrasi berlaku. Ini akan dijadikan alasan pembatasan sosial akan dilonggarkan,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok