Indonesia batal hantar jemaah haji tahun ini

June 3, 2021 · Dunia

Di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang menular hebat sekarang, kerajaan Indonesia hari ini memutuskan untuk tidak menghantar jemaah haji tahun ini kerana belum menerima undangan daripada pemerintah Arab Saudi.

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata tindakan itu diambil selepas mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan jemaah susulan penularan pandemik Covid-19 sekarang.

“Kerana kita masih berada dalam situasi pandemik dan bagi memastikan keselamatan jemaah, maka kerajaan membuat keputusan tidak akan menghantar jemaah haji tahun ini,” katanya pada sidang media maya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia juga belum menerima jemputan daripada Riyadh untuk ibadah haji 2021.

“Bukan sahaja Indonesia, tetapi semua negara. Jadi sehingga sekarang tiada ada negara yang menerima kuota haji kerana perjanjian persefahaman belum ditandatangani,” katanya.

Yaqut berkata keputusan itu dibuat setelah kajian mendalam dilakukan dan telah dibincangkan pada peringkat Parlimen Indonesia.

Ini adalah kali kedua Indonesia membatalkan penghantaran haji. Tahun lalu, Arab Saudi menutup semua kemasukan jemaah dari luar susulan kes Covid-19 di negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok