Indonesia anjur Tahlil Nasional untuk pesakit Covid-19 meninggal

July 22, 2021 · Dunia

Kementerian Agama Republik Indonesia malam ini menganjurkan majlis Tahlil Nasional secara besar-besaran bagi mendoakan kebaikan kepada mereka yang telah meninggal dunia kerana dijangkiti virus Covid-19.

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata majlis itu juga bertujuan berdoa supaya pandemik Covid-19 akan segera segera berakhir.

Tahlil Nasional itu dihadiri oleh kakitangan kementerian dan institusi daripada pendidik, pelajar sekolah berasrama, pemimpin organisasi massa, dan juga masyarakat di seluruh republik Indonesia.

Kementerian itu menyiapkan pautan webinar dengan keupayaan untuk menampung ribuan masyarakat umum agar mereka dapat turut sama menyertai Tahlil Nasional itu. Acara ini juga akan disiarkan secara langsung melalui akaun media sosialnya.

“Pihak kami ingin mengajak semua rakyat Indonesia untuk bersama-sama dalam mengingati Allah dengan berzikir melalui doa pada malam ini. Marilah kita berdoa agar wabak ini segera berakhir dan berdoa untuk para syuhada yang telah meninggal dunia mendahului kita,” katanya.

Sebelum ini, kementerian berkenaan juga mengambil inisiatif dengan mengadakan doa secara maya menggunakan tanda pagar #PrayFromHome.

Yaqut turut memaklumkan bahawa pelaksanaan peraturan dan vaksinasi nasional yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia adalah langkah penting untuk memberikan perlindungan kepada rakyatnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa doa merupakan salah satu senjata rohani yang sangat kuat bagi orang Islam terutamanya untuk menyokong kejayaan bagi sesuatu usaha dalam menangani penyebaran wabak Covid-19.

“#PrayFromHome for Indonesia adalah usaha dalaman yang dilakukan untuk menyempurnakan langkah kerajaan dalam melaksanakan pelbagai tindakan mengekang penularan Covid-19,” katanya. – Agensi

Antara yang mengambil bahagian dalam Tahlil Nasional Indonesia malam ini yang diadakan secara maya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok