Indonesia ancam sekat media sosial jika tidak berdaftar dengan kementerian

July 19, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat aplikasi media sosial dan perkhidmatan dalam talian termasuk Google, Facebook, dan WhatsApp dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu, lapor Xinhua.

Syarikat gergasi digital diberi tempoh sehingga Rabu untuk melengkapkan pendaftaran pelesenan. Pihak kementerian akan melabel aplikasi-aplikasi berkenaan sebagai haram dan menyalahi undang-undang negara jika gagal berbuat demikian, lapor Bernama.

“Kami telah memberi amaran kepada semua syarikat teknologi tempatan dan asing termasuk perkhidmatan dalam talian, laman sesawang dan pengendali aplikasi bahawa mereka perlu mendaftar jika tidak mahu dikenakan sekatan. Kami telah memberi tempoh sejak enam bulan lalu,” Ketua Pengarah kementerian bahagian Aplikasi Maklumat Semuel Abrijani memberitahu pemberita pada Selasa.

Pendaftaran itu adalah sebahagian daripada peraturan baharu yang mula dikuatkuasa pada Januari 2022, dengan mensyaratkan semua platform teknologi perlu memperoleh lesen sebelum dibenarkan beroperasi.

Peraturan itu juga membolehkan pihak berkuasa mengarahkan platform yang mengeluarkan sebarang kandungan dianggap menyalahi undang-undang, tidak sesuai dan “mengganggu ketenteraman awam” untuk memadam hantaran dalam tempoh empat hingga 24 jam bergantung kepada kandungan berkenaan.

Kerajaan Indonesia cuba mengurangkan penyebaran maklumat palsu dan penipuan, terutamanya menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024.

Berita berkaitan
PBM teliti kedudukan Yong selepas disabit hukuman kes rogol
July 27, 2022· Politik
Kedutaan Indonesia berpuas hati dengan keputusan kes rogol ADUN Tronoh
July 27, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rogol pembantu rumah libatkan ADUN Tronoh hari ini
July 27, 2022· Isu semasa
67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
July 23, 2022· Dunia
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
13 jam lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
15 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022 · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022 · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok