Individu tak divaksin jadi ‘kilang virus’ Covid-19 dalam masyarakat

July 4, 2021 · Dunia

Pakar penyakit berjangkit Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Nashville, Amerika Syarikat (AS) mengingatkan individu yang tidak mengambil vaksin Covid-19 membahayakan diri mereka sendiri dan orang lain.

Menyifatkan individu sedemikian sebagai ‘kilang virus’, Profesor Dr William Schaffner menegaskan semakin ramai individu yang tidak divaksin, semakin besar peluang virus Covid-19 merebak di kalangan masyarakat.

“Seseorang yang dijangkiti akan menyebarkan virus ini kepada orang lain dan ia akan tersebar menjadi ‘versi mutan’.

“Sekiranya versi mutan terhasil, barulah ia akan terus tersebar menjadi varian terhadap orang lain. Mereka yang tidak divaksin sangat terdedah dengan jangkitan varian ini,” katanya.

Ahli Mikrobiologi dan Imunologi Sekolah Perubatan Johns Hopkins Bloomberg, Andrew Pekosz pula berpendapat setiap kali virus tersebar, ia akan memberi impak yang berbeza untuk memperbanyakkan lagi mutasi.

“Sekarang kita terdedah dengan virus yang tersebar lebih pantas,” katanya.

Terdapat pelbagai varian yang muncul di seluruh dunia dan antaranya ialah varian Alpha yang pertama kali ditemukan di England. Varian Beta (Afrika Selatan), dan varian Delta (India).

AS juga telah mengenal pasti beberapa variannya tersendiri termasuk Epsilon yang pertama kali dikesan di California dan varian Eta (New York).

Kini varian Delta lebih mudah menular dan merebak dan ia akan menjadi varian dominan di banyak negara, termasuk AS.

Setakat ini, vaksin semasa yang dihasilkan dipercayai boleh melindungi individu dengan baik daripada semua jenis varian, tetapi ianya boleh berubah pada bila-bila masa.

Disebabkan itu doktor dan pegawai perubatan menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan mereka dijangkiti Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok