Individu tak divaksin diharam guna pengangkutan awam di Metro Manila

January 15, 2022 · Dunia

Filipina mengharamkan individu yang tidak divaksin daripada menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam mulai minggu depan, tatkala pakar yakin jangkitan harian Covid-19 di negara itu boleh mencecah 40,000 kes dalam beberapa hari lagi.

Negara itu yang berada pada kedudukan kedua selepas Indonesia dalam kalangan negara-negara ASEAN dari segi jumlah kes positif Covid-19, semalam merekodkan 37,207 kes baharu, tertinggi sejak wabak itu menular di Filipina awal 2020 lalu.

Walaupun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu diskriminasi, kerajaan Rodrigo Duterte yang terkenal dengan ketegasannya, kekal akan melaksanakan peraturan baharu itu di Manila yang mempunyai kira-kira 13 juta populasi.

Kementerian Pengangkutan negara itu berkata langkah berkenaan perlu dilakukan bagi membendung penularan Covid-19, terutama varian Omicron yang boleh menjejaskan sistem kesihatan negara.

Sehingga kini, kira-kira separuh daripada 110 juta penduduk negara itu telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, tetapi kadar vaksinasi lebih tinggi di ibu negara Manila dan kawasan sekitarnya, di mana larangan itu akan berkuat kuasa.

Bagaimanapun, ada kalangan kanak-kanak, pendatang asing tidak berdaftar dan warga emas yang tinggal di wilayah Manila belum menerima dos mereka, menurut pihak berkuasa.

Menjelang pelaksanaan larangan pengangkutan itu, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pemimpin masyarakat untuk menyusun senarai mereka yang tidak divaksinasi.

Permintaan ini boleh membawa kepada pelanggaran hak asasi manusia yang lain, kata senator yang ditahan Leila De Lima sambil membandingkannya dengan senarai yang dibuat semasa ‘perang maut’ presiden terhadap dadah.

Awal bulan ini, Duterte mengancam individu yang tidak divaksinasi untuk ditangkap, sambil menggalakkan pegawai tempatan mengurung mereka yang belum diimunisasi Covid-19 di rumah.

“Jika enggan (menerima vaksin), keluar rumah dan berlegar dalam kalangan masyarakat, boleh ditahan. Kalau enggan, kapten sekarang diberi kuasa untuk tangkap orang yang degil,” kata Dutarte Khamis lalu.

“Saya bertanggungjawab untuk keselamatan dan kesejahteraan setiap warga Filipina,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Cacar monyet: New York isytihar darurat, WHO beri amaran kematian
July 31, 2022
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
19 jam lalu · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok