Individu lengkap vaksin kurang masuk hospital jika dijangkiti: Kajian

September 3, 2021 · Dunia

Individu dewasa yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin kemungkinan besar tidak akan mengalami gejala kritikal sekiranya dijangkiti virus Covid-19 untuk jangka masa yang panjang, menurut laporan penyelidikan sepasukan pakar di Britain.

Penyelidikan oleh pakar dari Kings’s College London yang diterbitkan di dalam The Lancet Infectious Diseases semalam menunjukkan 73 peratus individu yang menerima dua dos vaksin tidak perlu dimasukkan ke hospital.

“Pihak kami mendapati bahawa mereka yang dijangkiti kemungkinan akan mengalami gejala selama 28 hari sahaja selepas mereka lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” menurut laporan itu.

Sementara itu, mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya hanya melaporkan gejala yang lebih ringan daripada mereka yang tidak menerima vaksin langsung.

Pasukan itu melakukan analisis data terhadap dua juga individu yang menunjukkan simptom, ujian dan status vaksinasi melalui aplikasi Kajian Simptom Covid-19 United Kingdom sejak Disember hingga Julai lalu.

Daripada jumlah itu, 6,030 disahkan positif Covid-19 sekurang-kurangnya dua minggu setelah suntikan pertama dan 2,370 positif setelah hampir seminggu mendapatkan suntikan dos kedua.

Britain semalam merekodkan 38,154 kes baharu dan 178 kematian yang dilaporkan, menjadikan angka pada 27 Ogos hingga 2 September telah meningkat kepada 236,152 kes, turun satu peratus berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, kajian juga mendapati individu dewasa yang berumur 60 tahun ke atas lebih cenderung tidak mempunyai gejala kritikal berbanding mereka yang tidak divaksin, sekali gus menunjukkan keberkesanan vaksin dapat melindungi golongan itu kerana mereka lebih terdedah dengan jangkitan yang lebih teruk.

Sehingga 1 September, hampir 48 juta rakyat Britain telah menerima suntikan dos pertama, dan lebih dari 43 juta pula telah mendapat suntikan bagi dos kedua.

Ketua pasukan penyelidik itu, Dr Claire Steves berkata dari segi beban Long Covid (gejala pasca Covid) penyelidikan kumpulannya mendapati mengambil vaksinasi berganda mampu mengurangkan risiko dijangkiti virus kali kedua, tetapi jika berasa mempunyai simptom Covid-19, ia adalah gejala lama.

Laporan itu juga menyatakan adalah jelas bahawa vaksin membangun tembok pertahanan terhadap virus dan merupakan cara terbaik untuk melindungi orang ramai dari berdepan serangan serius. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok