Individu lengkap vaksin boleh melancong ke Phuket

October 3, 2021 · Dunia

Individu dari seluruh dunia yang sudah lengkap divaksin boleh menempah percutian ke Phuket yang bermula pada minggu lepas.

Pihak Berkuasa Thailand mengumumkan, skim ‘sandbox’ kini sudah diperluaskan bagi 80 negara.

“Ini bermaksud, Thailand sekarang bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dari seluruh dunia untuk mengunjungi pulau percutian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap Kementerian Luar, Tanee Sangrat memaklumkan bagi kanak-kanak, sekiranya mereka belum divaksin masih boleh mengunjungi pulau berkenaan bersama ibu bapa yang sudah lengkap divaksin.

Sebelum ini, skim ‘sandbox’ sudah berjaya menarik lebih 38,000 pelancong ke Phuket dengan menjana pendapatan melebihi AS$66.67 juta (RM278.87 juta).

Bagaimanapun, pengendali agensi pelancongan menggesa pihak kerajaan untuk melonggarkan syarat kemasukan bagi meningkatkan lebih banyak jumlah pelancong.

Jika kelonggaran tersebut diberikan, ia akan membolehkan pelancong dari Malaysia dan Indonesia untuk mengunjungi Phuket.

Sebelum ini, pelancong Malaysia mewakili jumlah kedua tertinggi melawat Thailand dengan lebih empat juta pelancong pada tahun 2019.

Pihak berkuasa Thailand juga akan membuka kembali lima destinasi lain, termasuk ibukota Bangkok melalui skim ‘sandbox’ bermula November ini dan diikuti 20 destinasi lain pada bulan Disember selepas kadar vaksinasi meningkat.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok