India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet

August 2, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa India mengesahkan kematian pertama yang direkodkan melibatkan jangkitan cacar monyet di negara tersebut.

Seorang lelaki berusia 32 tahun di selatan Kerala disahkan mati akibat jangkitan wabak tersebut, ia merupakan kes kematian pertama di Asia.

Sebelum ini, Sepanyol melaporkan dua kematian berkaitan cacar monyet dan Brazil juga merekodkan satu kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai.

Lelaki India berusia 22 tahun itu meninggal dunia pada Sabtu, kata menteri Kerala kepada pemberita dan pihak berkuasa sudah mengambil langkah mengasingkan 21 orang yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa tersebut.

“Orang itu tiba di Kerala pada 21 Julai tetapi mendapatkan rawatan di hospital pada 26 Julai selepas menunjukkan simptom keletihan dan demam,” kata Menteri K. Rajan.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Kerala, Veena George memberitahu individu tersebut sebelum ini sudah disahkan positif semasa ujian dibuat Emiriah Arab Bersatu sebelum kembali ke India.

WHO berkata lewat bulan lalu, sebanyak 78 negara sudah melaporkan sudah mengesan lebih 18,000 kes cacar monyet dengan majoritinya di Eropah.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Stok beras mencukupi untuk lima bulan tampung keperluan: Mat Sabu
October 10, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok