India catat 386,452 kes baharu, program vaksinasi ditangguh

April 30, 2021 · Dunia

Mumbai, ibu negeri Maharashtra, pada Jumaat menghentikan program vaksinasi kepada penduduk kota terpadat di India, di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 yang kini dianggap ‘tsunami’.

Program vaksinasi itu dihentikan sehingga Ahad ini berikutan kekurangan bekalan vaksin.

Secara paradoks, India adalah pengeluar vaksin terbesar di dunia, tetapi negara itu kehabisan bekalan untuk membuat dos bagi menyelamatkan nyawa bagi rakyatnya sendiri.

Pada Jumaat sahaja, India mencatatkan rekod baharu tertinggi sembilan hari berturut-turut dengan 386,452 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara itu kepada 18,762,976.

Data Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India juga melaporkan 3,498 kematian dicatatkan dalam tempoh itu menjadikan keseluruhan yang terbunuh akibat pandemik berkenaan kepada 208,330.

Vaksinasi tidak akan diberikan di Mumbai mulai hari ini, kata Perbadanan Perbandaran Mumbai dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, perbadanan itu menetapkan 1 Mei sebagai tarikh untuk memulakan vaksinasi pada individu berusia 18 hingga 45 tahun kerana orang muda dilihat sangat mudahdijangkiti virus gelombang kedua itu.

September lalu, media India melaporkan jangkitan dan kematian akibat Covid-19 mulai berkurangan, seolah-olah mereka sudah berjaya menangani penularan pandemik berkenaan.

Susulan itu, jemputan perkahwinan mula diedarkan di negara yang terkenal dengan majlis pernikahan secara besar-besaran dengan dihadiri ribuan tetamu.

Perhimpunan politik disambung menjelang pilihan raya negeri di beberapa bahagian negara itu, dan Perdana Menteri, Narendra Modi sendiri turut menyertai kempen membantu sekutunya sehingga menarik ribuan penyokong Bharatiya Janata Party.

Kumbh Mela, perhimpunan agama Hindu, penuh sesak dengan orang ramai di sepanjang Sungai Gangga di kaki Gunung Himalaya, sehingga dianggarkan disertai seramai 3.5 juta orang pada awal April.

“Semuanya telah terbuka, dan kami menyangka virus itu telah hilang. Keadaan itu membuat orang ramai leka dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga,” kata Dr Shahid Jameel, seorang ahli virologi Sekolah Biosains, Universiti Asoka, India.

Ketika negara itu semakin bebas, varian yang lebih mudah menular dan lebih sukar dikawal menular.

“Urutan data ujian Covid-19 menunjukkan pelbagai varian, termasuk B.1.1.7 dan B.1617, menjangkiti semakin ramai orang. Perkara ini perlu dijadikan iktibar,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
12 jam lalu · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
15 jam lalu · Dunia
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022 · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022 · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok