Imran Khan kalah undi tidak percaya di Parlimen Pakistan

Undi tidak percaya akhirnya berjaya dijalankan Parlimen Pakistan terhadap Perdana Menteri Imran Khan bagi menamatkan krisis politik yang melanda negara itu.

Sebanyak 174 ahli parlimen mengundi menyokong usul tidak percaya pada Sabtu, berjaya memperoleh lebih dua undi daripada 172 yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti mudah melibatkan 324 anggota Dewan Negara.

Terdahulu, speaker Dewan Negara juga mengumumkan peletakan jawatan dan menyebabkan kerusi speaker kosong.

Khan hilang majoriti di Parlimen minggu lalu dan hampir dipaksa meletak jawatan susulan usul undi tidak percaya yang dibentangkan pembangkang.

Bagaimanapun timbalan speaker parlimen, yang juga ahli satu parti bersama Khan, menolak usul itu dengan mendakwa ia adalah sebahagian daripada konspirasi negara asing dan tidak berperlembagaan.

Kemudiaan, Khan mengumumkan pembubaran Parlimen.

Namun, langkah Khan tersebut ditolak panel lima anggota Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim Negara Umar Ata Bandial dengan menyifatkan pembubaran Dewan Negara pada Ahad “bercanggah dengan perlembagaan,” dan mengisytiharkan tindakan itu “batal dan tidak sah.”

Pada Khamis, Mahkamah Agung Pakistan mengetepikan keputusan timbalan speaker untuk menolak undi tidak percaya terhadap Khan dan turut menolak pembubaran Parlimen yang diumumkan Presiden yang dibuat atas nasihat Khan sebelum itu.

BERITA BERKAIT
POPULAR