Imran disingkir sebagai PM Pakistan, Parlimen sah dibubar

Imran Khan disingkir daripada jawatan Perdana Menteri (PM) Pakistan selepas pembubaran Parlimen negara yang selari dengan perlembagaan mengkehendaki langkah sedemikian, kata menteri kabinet negara tersebut.

Bagaimanapun, Presiden Pakistan Arif Alvi berkata Imran akan kekal memegang jawatan sehingga pelantikan PM sementara, menurut laporan Sputnik.

“Imran Ahmad Khan Niazi, akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga pelantikan PM sementara di bawah Perkara 224 A (4) Perlembagaan Republik Islam Pakistan,” kata Alvi dalam ciapan di Twitter.

Pada Ahad, Alvi membubarkan Parlimen Pakistan selepas menerima nasihat daripada Imran yang membuat cadangan itu sebaik sahaja timbalan speaker Parlimen menolak usul tidak percaya terhadapnya atas alasan ia tidak berperlembagaan.

Keputusan membatalkan undi tidak percaya menimbulkan kemarahan parti pembangkang, yang berkata mereka akan merayu keputusan itu di mahkamah.

Menurut Menteri Penerangan Pakistan, Fawad Hussain, pilihan raya Parlimen mengejut akan diadakan dalam tempoh 90 hari.

BERITA BERKAIT
POPULAR