Impak dos penggalak ringan, sederhana

September 29, 2021 · Dunia

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memaklumkan impak dos penggalak vaksin Covid-19 kepada mereka yang mempunyai sistem imun lemah sudah dikesan, tetapi implikasinya ringan dan sederhana.

Melalui laporan CDC semalam, seramai 22,191 penerima dos penggalak berdaftar dengan sistem pengawasan Persekutuan mulai 12 Ogos lalu, iaitu ketika dos itu pertama kali diluluskan atas tujuan kegunaan kecemasan oleh pihak berkuasa AS.

Hampir 71 peratus daripadanya dilaporkan mengadu sakit di tempat suntikan, dengan 56 peratus lagi mengalami keletihan dan 43 peratus pening, setelah menerima suntikan tambahan vaksin RNA messenger (mRNA) itu.

Data itu direkodkan sehingga hari ketujuh selepas suntikan dos tambahan itu.

Pihak berkuasa AS meluluskan vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk dos penggalak itu bulan lalu setelah data menunjukkan bahawa individu yang kekurangan sistem imun tidak mencukupi dengan dua dos suntikan.

Minggu lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan-ubatan (FDA) juga sudah meluluskan penggunaan dos tambahan Pfizer kepada kumpulan umur yang lain, manakala untuk penerima vaksin Moderna dan Johnson & Johnson juga bakal diluluskan tidak lama lagi.

Manakala, dalam sistem pengawasan, kira-kira 1.8 peratus terpaksa mendapatkan rawatan perubatan dan 13 orang dimasukkan ke hospital, di mana punca spesifik mengenai perkara itu tidak dilaporkan.

“Kesan sampingan adalah lebih kurang apabila seseorang itu mendapat suntikan dos kedua dan kebanyakannya hanya mengadu mempunyai kesan ringan atau sederhana, dan hanya sekejap sahaja,” kata Pengarah CDC, Rochelle Walensky dalam taklimat oleh Pasukan Petugas Coronavirus Rumah Putih, semalam.

Implikasi dos ketiga bagi suntikan vaksin Moderna dan Pfizer adalah hampir sama seperti yang dinyatakan selepas menerima suntikan dos kedua.

Perdebatan mengenai keperluan mengambil suntikan vaksin tambahan campuran dari pengeluar lain, hangat diperkatakan sejak minggu lalu apabila Pfizer membenarkan campuran vaksin jenama lain, tetapi tiada data mencukupi untuk menentukan jika campuran vaksin itu dapat menyebabkan kesan yang lebih teruk. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dos penggalak kedua boleh diambil bagi individu sihat berusia 50-60 tahun
July 19, 2022· Isu semasa
Vietnam segerakan suntikan vaksin dos ketiga dan empat
July 12, 2022· Dunia
Indonesia wajibkan dos penggalak bagi pengembara pulang berhari raya
April 25, 2022· Dunia
Warga emas diberi tempahan dos penggalak kedua dalam MySejahtera: Khairy
April 22, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Jatuh bagai domino, mayat segenap penjuru: Saksi Pesta Halloween
October 30, 2022
Indonesia naikkan cukai rokok
December 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok