IMF luluskan pembiayaan baharu AS$1.17 bilion kepada Pakistan

July 14, 2022 · Dunia

Pakistan akan menerima kira-kira US$1.17 bilion pembiayaan baharu daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas ia bersetuju dengan syarat pinjaman yang ketat.

IMF dan pihak berkuasa Pakistan telah mencapai “perjanjian di peringkat kakitangan” bagi memuktamadkan penilaian semula gabungan program bantuan ketujuh dan kelapan Kemudahan Dana Lanjutan (EFF), lapor Bernama.

“Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah, kira-kira US$1,177 juta akan tersedia, menjadikan pembayaran di bawah program itu berjumlah kira-kira $4.2 bilion,” kata ketua pasukan IMF Nathan Porter dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Pakistan sedang menghadapi kemelut ekonomi yang mencabar dan faktor domestik serta luaran telah menyebabkan inflasi meningkat dan rizab pertukaran asing semakin berkurangan.

IMF turut bersetuju untuk mempertimbangkan lanjutan EFF sehingga akhir Jun 2023 dan menambah jumlah akses kepada US$7 bilion.

Pada 2019, IMF dan Pakistan bersetuju dengan program pinjaman berjumlah US$6 bilion namun ia dibekukan kerana perbezaan dengan kerajaan terdahulu.

Untuk menyemak semula perjanjian itu, kerajaan baharu yang berkuasa sejak April lalu telah membuat beberapa keputusan mengikut kehendak IMF, termasuk menaikkan harga bahan api dan elektrik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri Shehbaz Sharif), rakan-rakan menteri, setiausaha dan khususnya bahagian kewangan atas bantuan dan usaha mereka dalam memastikan perjanjian itu berhasil,” kata Menteri Kewangan Miftah Ismail pada Khamis.

IMF menyambut baik dasar kenaikan kadar faedah bank pusat Pakistan baru-baru ini, memandangkan ia “perlu dan sesuai”.

Dasar monetari perlu menjurus ke arah memastikan inflasi diturunkan secara berterusan kepada objektif jangka sederhana lima hingga tujuh peratus berbanding lebih 20 peratus pada Jun.

Pakistan bersetuju untuk melaksanakan pembaharuan selanjutnya sektor fiskal dan tenaga bagi memenuhi syarat pinjaman IMF.

Berita berkaitan
Pakistan, negara Islam kutuk tindakan Israel serbu Masjid Al-Aqsa
August 8, 2022· Dunia
MOF pantau kesan kenaikkan OPR terhadap peminjam
August 8, 2022· Isu semasa
IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 5.1 peratus
July 27, 2022· Isu semasa
MPN cadang tubuh Tabung Makanan atasi inflasi, bantu rakyat susah
July 26, 2022· Isu semasa
Popular
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
August 17, 2022
Lagi Dunia terkini
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
20 jam lalu · Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022 · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022 · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok