‘Imam Mahdi’ cuba serang imam Masjidil Haram sedang baca khutbah

May 23, 2021 · Dunia

Seorang pengawal keselamatan Arab Saudi diangkat sebagai ‘hero’ selepas bertindak menghalang seorang pengimpal daripada menyerang imam Masjidil Haram, Makkah.

Serangan di salah satu tempat paling suci bagi umat Islam itu dihentikan di tengah-tengah adegan dramatik yang ditayangkan di televisyen secara langsung pada Jumaat.

Siasatan polis berkaitan kejadian itu mendapati lelaki terbabit mendakwa sebagai ‘Imam Mahdi’.

Pengawal keselamatan Mohammed Al-Zahrani memintas lelaki terbabit dan menjatuhkannya ke lantai ketika dia cuba menyerang imam.

Al-Zahrani diangkat sebagai ‘hero’ dan menerima ucapan terima kasih daripada rakyat Arab Saudi menerusi media sosial.

Berpakaian kain ihram yang dipakai oleh jemaah untuk melakukan tawaf wajib di sekeliling Kaabah, penyerang itu dilihat menerusi siaran langsung televisyen cuba menaiki mimbar tatkala Sheikh Bandar Baleelah, salah seorang imam besar Masjidil Haram, sedang menyampaikan khutbah Jumaat.

Lelaki itu kemudian ditahan selepas Al-Zahrani bertindak pantas menghalangnya, kata jurucakap polis Makkah. Sheikh Baleelah bagaimanapun meneruskan khutbahnya.

Menurut akhbar Al-Watan, siasatan awal oleh polis menunjukkan bahawa pelakunya adalah warganegara Arab Saudi berusia 40 tahun.

Mac lalu, seorang lelaki yang memegang pisau dirakam sedang berjalan di kalangan jemaah sambil melaungkan slogan ekstremis. Dia dipukul dengan kerusi oleh jemaah dan kemudian ditangkap.

Sepanjang sejarah, sejumlah individu mengaku sebagai ‘pembela Islam’ dalam insiden berbahaya di kota suci Makkah.

Peristiwa paling terkenal berlaku pada tahun 1979, ketika Juhayman Al-Otaibi dan adik iparnya Mohammed Al-Qahtani, yang mengaku sebagai Imam Mahdi, menawan dan menjadikan ratusan jemaah sebagai tebusan, menyebabkan pihak berkuasa mengepung Masjidil Haram selama seminggu.

Serangan skala penuh dilancarkan untuk mematahkan tindakan itu menyebabkan kematian Al-Qahtani dan ratusan pengikutnya. Pemimpin kumpulan itu, Al-Otaibi ditangkap dan kemudian dihukum mati kerana kesalahannya. – Agensi

Berita berkaitan
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022· Dunia
Lelaki cuba tunai umrah bagi pihak Ratu Elizabeth II ditangkap
September 13, 2022· Dunia
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022· Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok