Hutang negara Korea Selatan semakin meningkat walaupun hasil mengukuh

September 15, 2022 · Dunia

Hutang negara Korea Selatan semakin meningkat meskipun hasil cukai mengukuh, disebabkan perbelanjaan yang lebih besar untuk peniagaan kecil yang teruk terjejas akibat pandemik, selain kumpulan lain yang mudah terjejas.

Menurut data pada Khamis, jumlah hutang mencecah 1,022 trilion won (US$732.88 bilion) pada akhir Julai, meningkat 14.5 trilion won berbanding pada tahun sebelumnya, menurut agensi berita Yonhap yang memetik data Kementerian Kewangan, lapor Bernama.

Sehingga akhir 2021, hutang negara berjumlah 939.1 trilion won, namun meningkat pada kadar yang kukuh, dengan pertama kalinya melepasi paras 1,000 trilion pada April.

Jumlah hasil negara itu untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sebanyak 394 trilion won, menokok 37.1 trilion won berbanding tahun lepas, hasil daripada peningkatan kutipan cukai korporat dan pendapatan susulan pemulihan ekonomi baru-baru ini.

Bagaimanapun perbelanjaan meningkat 72.8 trilion won kepada 450.4 trilion won pada akhir Julai, dengan kerajaan merancang untuk melaksanakan satu lagi pusingan dana bantuan kepada pemilik perniagaan kecil yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, selain peningkatan dalam pelbagai program antivirus, menurut data berkenaan.

Imbangan fiskal terurus itu, pengukur utama kedudukan fiskal, mencatatkan defisit 86.8 trilion won pada akhir Julai, meningkat kepada 29.9 trilion won pada tahun sebelumnya.

“Kami mencatat defisit ekoran program belanjawan tambahan yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Kami akan mengurus imbangan itu dalam tempoh sasaran, menjelang akhir tahun,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Yonhap, untuk tahun depan, kerajaan mencadangkan belanjawan berjumlah 639 trilion won, peningkatan 5.2 peratus. Ia merupakan pertumbuhan perbelanjaan paling perlahan dalam tempoh enam tahun, selari langkah pengetatan dasar bagi meningkatkan kedudukan fiskal.

Berita berkaitan
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022· Dunia
Kes tenat akibat Covid-19 di Korea Selatan meningkat mendadak
August 1, 2022· Dunia
Lapan peluru berpandu diuji Amerika, Korea Selatan
June 6, 2022· Dunia
Korea Selatan bergelut dengan peningkatan kes kematian Covid-19
March 22, 2022· Dunia
Popular
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Ketua Pengarah Penjara Kashmir dibunuh kumpulan pemisah
October 4, 2022 · Dunia
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022 · Dunia
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022 · Dunia
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok