Houthi bedil depot minyak di Jeddah

March 26, 2022 · Dunia

Kebakaran besar dilaporkan di sebuah depot minyak Aramco Arab Saudi di Jeddah, kira-kira 86 kilometer dari Tanah Suci Makkah, semalam, dengan pengganas Syiah Houthi mengaku melancarkan serangan roket dan dron.

Media kerajaan Arab Saudi pada Jumaat melaporkan rentetan serangan dron dan roket oleh pengganas Houthi yang disokong Iran di Yaman dan kepulan asap hitam yang besar dilihat di Jeddah yang bakal menjadi tuan rumah Formula Satu pada Ahad.

Walaupun Arab Saudi dan Aramco tidak serta-merta mengesahkan serangan dan kebakaran itu, depot bahan api yang terbakar itu adalah pusat simpanan sama yang diserang Houthi sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap pengganas Houthi, Yahya Sarea berkata kumpulan itu menyerang kemudahan Aramco dengan peluru berpandu dan kilang penapisan Ras Tanura dan Rabigh dengan dron.

Sarea menambah bahawa serangan itu juga menyasarkan kemudahan penting di ibu kota Riyadh.

Serangan itu menyasarkan “kemudahan Aramco di Jeddah dan pusat penting di ibu kota Riyadh. Kemudahan Aramco turut diserang di Jizan, Najran, Ras Tanura dan Rabigh menggunakan dron,” kata Sarea menerusi Twitter.

Stesen televisyen Al Arabiya, memetik gabungan jurucakap pakatan tentera Arab, berkata sistem pertahanan udara Arab Saudi memusnahkan dua dron sarat letupan yang menyasarkan Najran. – Agensi

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok