Hospital Indonesia di Gaza rawat 54 penduduk Palestin cedera diserang Israel

August 8, 2022 · Dunia

Hospital Indonesia di Gaza merawat 54 penduduk Palestin yang cedera dan menerima lapan mangsa yang terbunuh sejak Israel memulakan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat.

Menurut Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) Indonesia, hospital yang terletak di Bayt Lahiya, Gaza utara menjadi pusat penting ketika berlakunya serangan, lapor Bernama.

“Hospital Indonesia menjadi tempat utama bagi mangsa serangan mendapatkan rawatan perubatan segera,” kata sukarelawan MER-C Indonesia, Reza Aldilla Kurniawan dalam satu kenyataan.

Menurut data di laman web Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian meningkat kepada 44 orang, termasuk 15 kanak-kanak dan empat wanita, dan 360 orang awam cedera.

Bilik rawatan kecemasan, dikenali ‘Teungku Chik di Tiro’, sempena nama seorang pahlawan Aceh, menjadi ruang paling sibuk pasca serangan.

“Ruangan rawatan kecemasan terus menerus menerima mangsa dengan pelbagai tahap kecederaan manakala bilik jenazah juga dikunjungi ramai penduduk Gaza,” kata Reza.

Ketika ada pesakit yang meninggal dunia, warga Gaza datang secara berkumpulan untuk membawa dan mengiringi jenazah ke tempat perkuburan, katanya.

Hospital empat tingkat yang dibuka pada 2015 dengan kos US$8.7 juta dibiayai oleh MER-C Indonesia melalui sumbangan awam dan disokong kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri.

Hospital itu dikendalikan oleh warga Gaza serta dibantu beberapa sukarelawan MER-C Indonesia.

Reza yang tinggal di kompleks penginapan sukarelawan Wisma Dr Joserizal Jurnalis, Hospital Indonesia turut merasai gegaran dan bunyi ledakan kuat semasa serangan berlaku.

Kementerian Luar Indonesia, dalam satu ciapan di Twitter rasminya, menulis: “Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel, yang mengorbankan orang awam, termasuk kanak-kanak.”

Negara Islam terbesar di dunia itu juga “menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah segera dan konkrit untuk menghentikan tindakan keganasan dan pencerobohan itu demi mengelak lebih ramai mangsa dan memburukkan lagi keadaan.”

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok