Hospital India terbakar, 16 pesakit Covid-19 maut

May 2, 2021 · Dunia

Lapan belas terbunuh apabila wad rawatan pesakit Covid-19 di sebuah hospital di barat India terbakar hari ini, tatkala negara itu sedang bergelut dengan ‘tsunami Covid-19’ yang menyebabkan krisis kesihatan dan perubatan.

Kebakaran itu berlaku tengah malam tadi di tingkat bawah yang menempatkan unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 Hospital Patel Welfare di bandar Bharuch, 185 kilometer ke utara Ahmedabad.

“Enam belas pesakit dan dua kakitangan hospital terbunuh dalam kebakaran itu. Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas,” kata ketua polis Bharuch, RV Chudasama.

Pada 23 April lalu, kebakaran juga berlaku di sebuah hospital di pinggir Mumbai menyebabkan 12 pesakit Covid-19 terbunuh.

Sementara itu, India pada Sabtu merekodkan kes harian tertinggi apabila 401,993 disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 19.1 juta orang.

Dalam tempoh itu, 3,523 pesakit juga meninggal dunia, menjadikan keseluruhan kes kematian meningkat kepada 211,853, kata pegawai kesihatan.

Ibu negara India, New Delhi terus diletakkan dalam perintah berkurung bagi tempoh seminggu lagi susulan peningkatan kes Covid-19, kata Ketua Menteri, Arvind Kejriwal.

Perintah berkurung sekarang bakal tamat Isnin ini tetapi kes Covid-19 terus meningkat setiap hari di bandar yang dihuni kira-kira 20 juta penduduk itu.

Sementara itu, Australia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak melawat India atau dikenakan tindakan denda atau penjara.

“Rakyat Australia yang melawat India akan dihalang daripada pulang mulai Isnin ini dan sesiapa yang melanggar peraturan itu akan berdepan denda atau penjara,” kata pegawai luar negara itu.

Amaran kecemasan itu dikeluarkan hari ini, sekali gus menjadi Australia negara pertama yang menjadikan lawatan rakyatnya ke India pada masa sekarang sebagai satu kesalahan jenayah. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok