Hong Kong enggan buka sempadan antarabangsa

October 31, 2021 · Dunia

Keputusan Hong Kong untuk terus memperketatkan kawalan pengasingan antarabangsa Covid-19 didakwa menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengurus syarikat multinasional.

Strategi itu dilaksanakan oleh kepimpinan wilayah terikat dengan Beijing bagi membebaskan Hong Kong daripada wabak Covid-19 dilihat belum menunjukkan tanda-tanda ianya akan dimansuhkan, ketika pesaing dari negara lain sudah ‘membuka semula pintu masuk negara’ mereka.

Sebelum ini, hab perniagaan selatan China itu berjaya mengawal penularan Covid-19 kerana pelaksanaan peraturan kuarantin yang terketat di dunia, dengan hampir kebanyakan ketibaan di wilayah tersebut wajib menjalani kuarantin di hotel selama 14 ke 21 hari.

Bagaimanapun, pesaing lain seperti London, New York, Tokyo dan Singapura sudah menerima pendekatan norma baharu untuk terus ‘hidup bersama Covid-19’ dengan secara berperingkat menjalankan mesyuarat bersemuka, persidangan dan perjalanan eksekutif, namun Hong Kong masih mengambil pendekatan bertentangan dan menggelar negaranya sebagai ‘Kota Dunia Asia’.

Awal minggu lalu, pegawai bertugas di wilayah itu sudah memperketatkan lagi peraturan gelembung perjalanan dengan Tanah Besar, walaupun China sudah berdepan gelombang jangkitan keempat dalam tempoh lima bulan lalu.

Ketua Eksekutif, Carrie Lam memaklumkan tindakan untuk mengembalikan semula perjalanan ke Tanah Besar amat penting berbanding pembukaan semula kemasukan antarabangsa.

Semalam, Hong Kong mencatatkan hanya tiga kes baharu dan tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan angka kumulatif dengan 12,345 kes jangkitan dan 213 kes kematian sejak wabak Covid-19 mula tersebar di negara itu pada 23 Januari 2020. – Agensi

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Emas ketiga berjaya dimenangi Azizulhasni di Hong Kong
May 28, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok