Helikopter misi pengaman PBB terhempas di Congo

March 30, 2022 · Dunia

Lapan orang berada dalam sebuah helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terhempas di timur Republik Demokratik Congo pada Selasa, menurut kenyataan misi pengaman PBB di Congo.

Individu yang berada dalam helikopter itu termasuk enam anak kapal dari tentera Pakistan dan dua anggota tentera, masing-masing dari Rusia dan Serbia, menurut laporan AFP.

Ketika ini masih belum diketahui sama ada terdapat mangsa yang terselamat, semua individu dalam misi dikenali sebagai MONUSCO, menurut kenyataan itu.

Helikopter itu jatuh di kawasan berlakunya pertempuran antara tentera Congo dengan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai M23.

Tentera Congo berkata helikopter itu ditembak jatuh oleh pemberontak tetapi dinafikan jurucakap M23. MONUSCO tidak menyatakan punca nahas dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Tentera jiran Uganda juga terlibat dalam pertempuran dikawasan tersebut dan mendakwa sudah membunuh 14 pejuang M23 berhampiran sempadan dengan Congo pada Selasa.

“Petang ini mereka (M23) menyerang kami, mereka membedil pihak Uganda dan beberapa rumah awam dimusnahkan. Tentera kami bertindak balas dan 14 pemberontak terbunuh, tujuh telah ditangkap sebagai tawanan perang,” kata jurucakap tentera Uganda, Brigadier Felix Kulayigye, sambil menambah seorang daripada askarnya juga terkorban dalam pertempuran itu.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kawan-kawan PMX Maha Kaya bagi guna helikopter tak perlu subsidi: Muhyiddin
October 18, 2023· Politik
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok