Helikopter bawa bayi sakit terhempas tapi semua selamat

January 12, 2022 · Dunia

Sebuah helikopter perubatan dikenali sebagai Medivac, membawa seorang bayi yang sakit ke hospital di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) terhempas bersebelahan gereja di kawasan kejiranan yang padat penduduk di sebelah barat bandar itu, pada tengah hari Selasa, .

Bayi itu, mahupun seorang jururawat dan dua anak kapal tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

“Ia satu keajaiban ,” kata Superintendan Polis Darby Atas, Timothy Bernhardt di tempat kejadian.

Tapak nahas terletak di sebelah tangga hadapan sebuah gereja di Drexel Hill, Upper Darby Township di Daerah Delaware, Pennsylvania.

Pegawai kecemasan yang tiba di tempat kejadian sejurus sebelum jam 1 tengah hari berkata, empat individu di dalam helikopter itu dapat menyelamatkan diri daripada serpihan sebelum bomba dan polis tiba.

Ketika kejadian bayi itu dikatakan sedang dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kanak-kanak Philadelphia. Identiti empat individu yang menaiki helikopter itu belum dikenal pasti.

Masih tidak jelas dari mana helikopter itu berlepas namun, laluan penerbangan yang tidak disahkan menunjukkan bahawa pesawat itu dalam perjalanan dari suatu tempat di barat Pennsylvania.

Pegawai kecemasan di tempat kejadian berkata adalah luar biasa pesawat perubatan besar itu terhempas tanpa kerosakan besar pada mana-mana bangunan di sekeliling atau kecederaan kepada mana-mana penduduk. – Agensi

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
45 minit lalu· Isu semasa
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Kawan-kawan PMX Maha Kaya bagi guna helikopter tak perlu subsidi: Muhyiddin
October 18, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok