Hapus sekatan: UK berdepan 200,000 kes Covid-19 sehari, kata saintis

July 20, 2021 · Dunia

Kes baharu Covid-19 di United Kingdom (UK) boleh melonjak sehingga 200,000 sehari tahun ini dan menyebabkan ‘kemusnahan besar’ kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), menurut saintis yang model awalnya membantu membentuk strategi penutupan atau ‘lockdown’ Covid-19 di Britain.

Profesor Neil Ferguson berkata ianya ‘hampir tidak dapat dinafikan’ bahawa pembukaan semula England mulai semalam akan menyebabkan lonjakan kes baharu kepada 100,000 sehari, dengan kira-kira 1,000 dimasukkan ke hospital, walaupun secara kasarnya separuh daripada penduduk UK telah divaksin.

Ferguson berkata beliau dapat meramalkan situasi, di mana kadar kes berkembang, akan menjadi dua kali ganda.

“Persoalan sebenar ialah adakah angka itu akan berganda, atau mungkin lebih tinggi… Maksud saya kita boleh melihat 2,000 pesakit mendapatkan rawatan di hospital sehari, jika 200,000 kes sehari,” katanya.

Rawatan harian di hospital berkaitan Covid-19 kini melebihi 2,000 sehari sebanding dengan jumlah pada minggu menjelang Krismas lalu.

Walaupun orang yang sedang dirawat di hospital tidak mengalami sakit teruk dan jauh sekali untuk meninggal dunia, Ferguson berkata jika hospital mempunyai banyak kes, ianya cukup untuk menggoncang sistem penjagaan kesihatan.

“Gangguan besar kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk terpaksa menangguhkan atau membatalkan pembedahan akan berlaku,” katanya.

Sejak kebelakangan ini jangkitan Covid-19 di UK meningkat lagi dan kemasukan ke hospital semakin bertambah didorong oleh penularan varian Delta dan penghapusan sebahagian sekatan. Semalam negara itu melaporkan 39,950 kes baharu dengan 19 kematian.

Jumlah itu dijangka meningkat selepas ‘varian Wembley’ yang dikaitkan dengan perlawanan akhir bola EURO 2020 di Stadium Wembley, London, 11 Julai lalu, sedikit demi sedikit mula muncul. Pada perlawanan antara England dan Itali itu lebih 60,000 penonton bersesak di dalam stadium tanpa memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.

Mulai semalam England memansuhkan keseluruhan sekatan Covid-19 yang dikenakan, termasuk tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka atau melakukan penjarakan sosial.

Saintis sudah memberi amaran sama ada langkah itu bersifat kekal atau sementara akan bergantung kepada tindakan orang ramai dan kadar vaksinasi, selain kemungkinan berlaku lonjakan kes.

Pada Mac tahun lalu, Ferguson dan pasukannya di Imperial College London membuat perkiraan mengenai tahap jangkitan Covid-19 di Britain melebihi tiga kali ganda daripada yang dijangkakan, sekali gus memaksa kerajaan menguatkuasakan perintah sekatan mulai 23 Mac.

Beberapa saintis lain turut menentang langkah Perdana Menteri Boris Johnson memansuhkan sekatan dan membuka kembali negara itu dengan membiarkan virus Covid-19 menular di kalangan golongan muda. Sebaliknya mereka menasihatkan supaya kerajaan memperbanyakkan lagi pemberian vaksin kepada rakyat Britain bagi mencapai imuniti kelompok.

UK kini menjadi salah satu negara dengan kadar kes harian tertinggi di dunia di belakang Indonesia dan Brazil berdasarkan purata catatan kes baharu tujuh hari. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok