Hanya 107 ke Thailand melalui Sadao-Bukit Kayu Hitam pada Jumaat

April 3, 2022 · Dunia

Hanya 107 individu yang kebanyakannya peniaga memasuki Thailand menerusi pusat pemeriksaan dan pintu sempadan di Sadao, Songkhla Thailand, dan Bukit Kayu Hitam, Malaysia pada Jumaat (1 April), hari pertama sempadan mula dibuka selepas ditutup dua tahun lalu.

Pegawai Daerah Sadao, Surin Suriyawong berkata 107 individu itu adalah kumpulan pertama yang memasuki Thailand menerusi jalan darat di Sadao sejak pintu sempadan berkenaan ditutup awal 2020 lalu susulan penularan Covid-19.

Pusat pemeriksaan sempadan lain yang akan dibuka pada Jumaat ialah Wang Prachan di wilayah Satun dan Wang Kelian di Perlis.

Pusat pemeriksaan itu dibuka sebagai sebahagian daripada projek perintis Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) yang membenarkan warga asing masuk melalui darat menerusi sistem Pas Thailand.

Surin berkata 107 yang menyeberang melalui Sadao adalah ahli perniagaan Thailand dan Malaysia yang telah mendaftar di laman web Pas Thailand.

Pusat pemeriksaan ini telah ditutup kepada warga asing sejak dua tahun lalu, membenarkan hanya segelintir rakyat Thailand menyeberang dari Malaysia pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

Ketibaan kumpulan pertama bertepatan dengan pengumuman Malaysia memasuki fasa peralhian ke endemik pada 1 April.

Bagaimanapun, Surin berkata pelancong mendapati proses merentasi sempadan agak perlahan kerana prosedur di Thailand dan Malaysia berbeza.

Di pihak Thai, pelancong perlu mengambil ujian RT-PCR semasa ketibaan dan perlu menunggu empat hingga enam jam untuk mendapatkan keputusan dengan mendaftar masuk ke hotel SHA Plus. Daerah ini mempunyai tujuh hotel yang memenuhi standard SHA Plus, tambah Surin.

Presiden Persatuan Pelancongan Halal Thai dan Asean, Aiyada Ujeh, berkata beliau telah berhubung dengan kira-kira 40 pengendali pelancongan di Malaysia dan dimaklumkan bahawa mereka sedang menunggu Thailand untuk melonggarkan lagi sekatannya sebelum menganjurkan lebih banyak lawatan di Thailand.

Aiyada menganggap pelancong menjauhkan diri kerana sekatan yang masih ketat di Thailand menjadikan perjalanan ke negara itu lebih mahal daripada sebelum pandemik Covid-19, dan berharap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok