Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India

June 20, 2022 · Dunia

Jangkitan wabak Covid-19 kembali meningkat di India, dengan hampir 80,000 kes baharu direkodkan sejak seminggu lalu.

Jumlah kes aktif meningkat hampir 60 peratus dalam tempoh tujuh hari lepas, tetapi kementerian kesihatan negara itu menolak kemungkinan mengenai gelombang Covid-19 keempat, lapor Xinhua, menurut Bernama.

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan pada Isnin, 12,781 kes baharu telah direkodkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah 43,309,473.

Ini merupakan hari keempat berturut-turut kes baharu melebihi 12,000 setiap hari, dan 18 kematian direkodkan akibat wabak itu, menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 524,873.

Delhi sekali lagi kekal menjadi antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19, dengan 1,530 jangkitan baharu direkodkan pada petang Ahad.

Setakat ini, terdapat 76,700 kes aktif dengan peningkatan sebanyak 4,226 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Seramai 42,707,900 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan 8,537 daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Kenapa Anwar tak minta Zahid lepas jawatan sehingga kes mahkamah selesai?
May 31, 2023· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023· Politik
Bekas Hakim Mahkamah Syariah dituduh terima rasuah dalam kes hukuman khalwat
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok