Hampir 4 bilion penduduk dunia tak dapat perlindungan sosial

September 3, 2021 · Dunia

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan hampir empat bilion penduduk dunia tidak mendapat perlindungan sewajarnya, termasuk dari segi sosial yang telah ditetapkan ketika krisis Covid-19 yang melanda sekarang ini.

Perlindungan sosial merangkumi akses kepada penjagaan kesihatan dan jaminan pendapatan, terutama yang berkaitan dengan faktor usia seseorang sekiranya tua, jumlah pengangguran, penyakit yang dihidapi, kecacatan, kecederaan di tempat kerja, bersalin, serta kehilangan sumber pendapatan utama buat keluarga dan kanak-kanak.

“Akibat pandemik ini, terdapat jurang antara negara-negara maju yang berpendapatan tinggi dan negara miskin berpendapatan rendah, di mana ia gagal memberikan perlindungan sosial yang sangat diperlukan dan diimpikan oleh semua manusia.

“Sekarang, hanya 47 peratus daripada penduduk dunia yang ‘diberikan perlindungan secara elektif’ dengan sekurang-kurangnya mendapat satu manfaat perlindungan sosial, sementara 53 peratus lagi masih belum memperoleh jaminan pendapatan sepenuhnya dari sistem perlindungan sosial.

“Melalui perlindungan sosial ini, ia sangat berkesan dan menyeluruh kerana ia bukan semata-mata keadilan sosial dan mendapat pekerjaan yang layak, tetapi juga dapat mewujudkan masa depan lebih lestari dan berdaya tahan,” kata ketua ILO, Guy Ryder.

Melalui data ILO, terdapat ketidakadilan yang ketara dalam perlindungan sosial, seperti di Eropah dan Asia Tengah mempunyai kadar perlindungan tertinggi dengan hampir 84 peratus dari penduduknya telah dilindungi oleh sekurang-kurangnya satu faedah.

Diikuti Amerika dengan 64.3 peratus, sementara di Asia Pasifik (44 peratus), negara-negara Arab (40 peratus) dan Afrika (17.4 peratus). Ini jelas menunjukkan perbezaan perlindungan itu, menurut laporan tersebut.

”Ini adalah detik yang sangat penting untuk dimanfaatkan kerana kesan daripada pandemik ini akan membangunkan sistem untuk generasi baharu berdasarkan hak masing-masing.

“Ini akan menjadi persediaan untuk seluruh penduduk dunia untuk menghadapi krisis pada masa akan datang dengan lebih tenang dalam menguruskan pekerja dan perniagaan dengan penuh yakin dan bersemangat,” kata Ryder.

Sementara itu, di peringkat global, hanya terdapat satu daripada empat kanak-kanak yang mendapat perlindungan sosial dengan hanya 26.4 peratus yang telah menerima faedah itu, menurut laporan ILO.

“Perlindungan yang melibatkan pengangguran di seluruh dunia lebih rendah, dengan hanya 18.6 peratus yang dilindungi. Manakala 77.5 peratus pula melibatkan perlindungan bagi mereka yang telah bersara pada usia tua.

“Melalui peratusan itu, jarak perbezaan dapat dilihat di seluruh dunia, antara kawasan bandar dan luar bandar, dan antara wanita dan lelaki,” kata laporan itu.

Selain itu, bagi wanita yang bersalin mencatatkan 45 peratus perlindungan dan diikuti 33.5 peratus merangkumi satu daripada tiga orang yang mempunyai masalah kurang upaya atau cacat di seluruh dunia telah menerima manfaat tersebut, tambahnya.

Berita berkaitan
50 juta terperangkap dalam buruh, perkahwinan paksa: Lapor PBB
September 13, 2022· Dunia
Rasuah polis: Buruh ladang dipenjara 14 hari dan denda RM10,000
August 2, 2022· Isu semasa
Morrison mengaku kalah pada pilihan raya Australia
May 21, 2022· Dunia
Covid-19: CDC syor pakai pelitup muka paling beri perlindungan
January 15, 2022· Dunia
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok