Hakim, isteri, 2 anak mati dibunuh

April 5, 2021 · Dunia

Seorang hakim mahkamah antikeganasan dan tiga ahli keluarganya ditembak mati kumpulan bersenjata di barat laut Pakistan pada Ahad malam, kata polis.

Hakim Aftab Afridi, isteri, anak lelaki dan perempuannya dibunuh ketika dalam perjalanan ke ibu kota Islamabad. Kenderaan mereka diserang berhampiran daerah Swabi, 51 kilometer dari Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Provincun, dekat sempadan Afghanistan.

Ketua polis daerah Muhammad Shoaib, berkata hakim Aftab dan keluarganya terbunuh ditempat kejadian.

Dua pegawal hakim itu turut cedera, sementara penyerang berjaya melarikan diri.

Hakim itu dilaporkan sedang mendengar beberapa kes berkaitan keganasan di sebuah mahkamah di Lembah Swat, yang pernah menjadi pusat militan.

Polis sedang menyiasat kemungkinan motif di sebalik serangan itu, kata Shoaib kepada wartawan, sambil menambah bahawa kejadian itu mungkin membabitkan ‘permusuhan lama’.

Sementara itu, Perdana Menteri Imran Khan menerusi akaun Twitternya mengecam kejadian itu dan memberi jaminan kepada keluarga mangsa pelaku pembunuhan “kejam” itu akan ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan. – Agensi

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat
June 11, 2022· Dunia
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022· Isu semasa
Ganja rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah di Thailand
June 9, 2022· Dunia
Popular
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
33 minit lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
6 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok